“Asyik Muka Je Nak Gl0wing” Roy Azman Cuci Tandas, Netizen Pula Yang Ketawa

Korang mesti tahu kan drama rantaian Adellea Sofea kini semakin trending setiap hari ditayangkan. Malah tunjang utama drama berkenaan turut terkena tempias populariti drama berkenaan, termasuk lah watak Izham yang dilakonkan Roy Azman.

Lain pula kali ini, Roy yang terkenal menerusi watak Izham – bapa kepada Fir, yang merupakan pelakon utama  dalam terbitan Radius One itu semakin mendapat perhatian netizen.

Watak Izham dan Fir menerusi drama rantaian Adellea Sofea. Sumber Instagram

Perhatian apa tu?

Sebelum ini Roy hanya dikenali sebagai pemegang watak VIP menerusi drama-drama lakonannya, namun realitinya ia sama sekali berlainan dan bertentangan dengan karekter sebenar pelakon itu.

Menjengah di laman Instagram miliknya, Roy berkongsi sebuah video yang memaparkan dirinya sedang memcuci bilik air sambil berkata “sekali sekala” sambil mengerling dengan aksi selambanya.

Aksi itu bagaimanapun mengundang rasa lucu netizen dengan menyifatkan dirinya memang dikurniakan bakat menghiburkan orang meskipun hanya mencuci tandas.

Turut menarik perhatian, ramai rakan-rakan selebriti tampil meninggalkan komen dan berkongsi rasa kelakar bersama peminat yang lain.

Hmm rupa-rupanya Roy memang kelakar habis!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.