“Dah Apa Hal Berb0gel Tu” Vide0 Viral Lelaki Berb0gel Depan Masjid, Pegang Parrang Dan Kejar Polis

Sejak akhir-akhir ni, banyak perkara pelik yang berlaku di sekeliling kita yang buat admin terfikir, apa nak jadi dengan orang sekarang ni.

Terbaru, viral di Facebook ialah sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki sedang berlari dalam keadaan bertelanjang di hadapan sebuah masjid di Kuantan. 

“Apa kes ni?” 

https://www.youtube.com/watch?v=tdjMhN8p4uo

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkulit gelap memegang senjata tajam berlari di hadapan perkarangan masjid dalam keadaan bogel.

Lebih menakutkan, dia seperti ‘tak makan saman’ langsung dengan teguran polis dan siap boleh kejar balik polis serta ingin memukul anggota tersebut menggunakan senjata di tangannya. Uish ganas! 

Untuk lihat video, korang klik kat sini.

“Tak waras agaknya ni. Kesian abang polis tu lari lintang pukang” 

Rata-rata netizen yang melihat video ni memang terkejut habislah melihat gelagat lelaki tu. Mereka kebanyakannya mengagak yang lelaki itu mungkin kurang waras, jadi sebab itulah dia bertindak sedemikian. Apa-apapun ramai yang puji polis tu sebab tak bertindak ganas dengan lelaki tu.

Walau bagaimanapun, menurut perkongsian netizen di ruang komen, lelaki terbabit telah pun ditangkap polis dan orang ramai di tepi jalan.

Sehingga kini, tidak diketahui sebab musabab mengapa dia berkelakuan begitu dan harapnya pemuda tersebut sudah dirawat di hospital.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.