Dapat Mimpi Buruk Masa Tidur, Isteri Keliru Nak Gelak Atau Sambung MenangIs Lihat Reaksi Suami Kat Sebelah “Dia Cukup Kenal Saya Yang Kuat Makan”

MENJADI impian setiap wanita untuk mendapat seorang suami yang peka dan prihatin dengan keadaan isterinya.

Tiada apa yang lebih membahagiakan isteri selain perhatian dan kasih sayang secukupnya daripada lelaki bergelar suami.

Namun, berbeza dengan perkongsian pelayar Twitter, Nur Hafizah Khusni yang merasakan perhatian yang ditunjukkan oleh suaminya sebagai sesuatu yang lucu.

Nur Hafizah Khusni atau lebih mesra disapa Hafizah berkata beberapa tahun lalu ketika sedang tidur, suaminya menyangka dia kelaparan apabila melihat dia menangis teresak-esak sedangkan dia sebenarnya mengalami mimpi sedih.

Perkongsiannya mengenai kisah ini di laman sosial Twitter menerima lebih dari 9,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka.

Perkongsian Hafizah mengenai reaksi suaminya selepas dia mengalami mimpi buruk tular di Twitter.

Rata-rata netizen menganggap suami Hafizah seorang yang ‘comel’ dan romantik menerusi ruangan komen.

“Hahahaha saya harap bakal suami saya tanya benda yang sama dekat saya. Kemungkinan saya nangis sebab lapar tu tinggi.

“Nanti kalau aku tiba-tiba menangis masa tidur tapi suami tak tanya ‘awak lapar ke’ nescaya aku akan sambung menangis kuat-kuat sampai subuh.

“Tak tahu kenapa tapi rasa benda ni comel,” komen beberapa netizen.

Berkongsi kisah ini dengan mStar, Hafizah berkata ketika sedang teresak-esak menangis semasa tidur, dia terbangun apabila suaminya Mohamad Aliff Mohd Yusri, 28, menggoncang tubuhnya dan terus bertanya sama ada dia menangis kelaparan.

“Lepas tu bila dia goncang-goncang kejut saya, cuba teka apa dia cakap? Sayang! Kenapa ni sayang? Kenapa awak nangis ni? Awak lapar ke?

My reaction was nak tergelak sebab dia tanya macam tu tapi sebab tengah nangis teresak-esak, saya tak dapat nak gelak la plus tengah mamai lagi,” katanya sambil ketawa mengimbas kejadian tersebut.

Hafizah dan suaminya sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Menurut ibu kepada dua orang anak ini, suaminya sangat mengenali dirinya yang sangat suka dan kuat makan.

Malah, Hafizah mengakui dia pernah menangis di depan suaminya kerana terlalu lapar.

“Pernah je menangis depan husband sebab lapar sebab tu dia tanya macam tu, tapi selalunya bila lapar jadi garang marah-marah,” katanya.

Lepas tu bila dia goncang-goncang kejut saya, cuba teka apa dia cakap? ‘Sayang! Kenapa ni sayang? Kenapa awak nangis ni?Awak lapar ke?’

NUR HAFIZAH KHUSNI

Setiap kali mengenang kembali peristiwa tersebut, Hafizah dan suaminya akan ketawa bersama-sama kerana menganggap ia sesuatu yang lucu dalam kisah rumah tangga mereka.

“Suami dah cukup kenal saya yang suka dan kuat makan, agaknya sebab tu dia tanya soalan tu. Sampai sekarang kalau kami cakap pasal mimpi tu, mesti gelak pecah perut,” katanya.

Menurut Hafizah, dia dan suaminya sudah mendirikan rumah tangga selama enam tahun bersama dan kini menetap di Jepun kerana suaminya bekerja di sana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.