“Perencah Ada Sekali Tak” Aduh Kasut Jenama Mahal Ini Disamakan Dengan Makanan Murah, Mi Segera

SEMPENA kedatangan tahun 2020 tidak lama lagi, pelbagai jenama fesyen terkenal dunia berlumba-lumba melancarkan koleksi terbaharu mereka.

Namun jenama mewah Bottega Veneta antara yang mencuri tumpuan apabila koleksi kasut terbaharunya dikatakan menyerupai mi segera.

Jenama berasal dari Itali itu melancarkan koleksi kasut dan aksesori bersempena pra musim luruh bagi tahun 2020.

Ada yang menyamakan rekaan kasut itu dengan rambut Justin Timberlake. 

Kasut yang diberi nama ‘macrame’ itu turut dihasilkan dalam beberapa rekaan termasuk sandal dan kasut tumit tinggi berwarna coklat dan kuning.

Ia terus mendapat perhatian netizen yang rata-rata merasakan rekaannya lucu namun menyifatkan ia strategi bijak oleh jenama itu dalam menarik perhatian pembeli.

“Perasanya didatangkan sekali atau kena beli asing?” tulis seorang netizen.

Tidak kurang juga yang menyamakan rekaan itu kepada gaya rambut penyanyi Justin Timberlake ketika dia bersama kumpulan NSYNC.

“Maksudnya rekaan kasut itu diinspirasikan daripada rambut Justin Timberlake sekitar tahun 1999?” tulis netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.