“Ramai Wanita Mat Salih Cuba Dekati Saya” Wak Doyok Tak Mencari Cinta, Serah Pada Ibu T0long Cari J0doh

BIARPUN usianya sudah mencecah 40 tahun, pelakon dan personaliti laman sosial Wak Doyok enggan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga.

Menurut Wak Doyok, dia kini masih dalam proses mencari pasangan yang sesuai selain mengakui ramai wanita mat salih cuba mendekati dirinya.

“Buat masa sekarang saya belum ada calon lagi dan mahu fokus pada perniagaan terlebih dahulu. Tak nak terburu-buru untuk kahwin.

Wak Doyok masih mencari pasangan yang sesuai dengannya.

“Ramai juga wanita mat salih cuba mendekati saya tapi kita ada batasan. Ibu saya lebih suka wanita melayu, cuma mereka yang tak minat saya.

“Saya tidak mencari tapi kalau jumpa yang okey, jalan saja. Ibu pun ada tolong carikan juga,” kata Wak Doyok kepada mStar.

Wak Doyok ditemui ketika sesi temu bual bersama mStar menerusi segmen What The! baru-baru ini.

Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

WAK DOYOK

PELAKON & PERSONALITI LAMAN SOSIAL

Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini memberitahu selain memiliki wajah cantik, dia juga mahu bakal isteri yang tahu memasak.

Ikon fesyen terkenal ini juga berharap pasangannya itu nanti bukan seorang yang gemar melayari laman sosial serta menjadi terkenal.

“Mestilah kita nak yang cantik tetapi yang paling penting dia boleh masak sebab saya tak suka makan di luar.

“Selain itu, dia kena jaga dan terima saya seadanya… itu pun sudah mencukupi. Kalau boleh, saya tak nak isteri yang aktif dalam laman sosial,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.