Wah Apple Nun Jauh Di Amerika Hargai Foto Rumput Hijau Di Utara Tanah Air, Jurugambar Tak Kecil Hati Ada Yang Perlekeh “Setakat Macam Ni, Biasa Je”

BUKAN mudah untuk mendapat pengiktirafan di mata dunia, namun itulah yang berlaku kepada seorang jurugambar muda kelahiran Arau, Perlis.

Foto kawasan berumput yang dirakam Dinie Aiman Sukhaizar, 20, dipaparkan menerusi laman Instagram syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple, yang mempunyai 21 juta pengikut, Ahad lalu.

Gambar seorang lelaki di kawasan rumput menghijau dengan latar belakang bukit bukau itu sehingga kini meraih hampir 300,000 tanda suka (like).

Bercerita kepada mStar, penuntut bidang Industri Kreatif Universiti Utara Malaysia (UUM) itu mendedahkan dia sudah dihubungi pihak Apple sekitar sebulan yang lalu.

“Apple ada email saya sebulan sebelum posting gambar itu dibuat, meminta kebenaran untuk dipaparkan pada Instagram rasmi mereka.

“Saya cuma tak tahu bila tarikh sebenar mereka akan kongsikan gambar itu. Rasa macam tak sangka. Bukan senang nak dapat pengiktirafan Apple.

Foto Dinie Aiman yang dipaparkan di Instagram Apple.

“Bila dapat, memang rasa untung sangat. Tapi saya tak tahu pula apa kriteria pemilihan mereka,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Dalam kegembiraan meraikan hal itu, Dinie Aiman tidak terlepas menerima komen negatif segelintir netizen.

Saya baru je lepas baca komen. Ada orang kata setakat gambar macam ni, biasa je… Android lagi lawa.

DNIE AIMAN SUKHAIZAR

JURUGAMBAR

Namun katanya, dia enggan melatah sebaliknya mahu fokus untuk menghasilkan lebih banyak karya berkualiti pada masa akan datang.

“Saya baru je lepas baca komen. Ada orang kata setakat gambar macam ni, biasa je… Android lagi lawa.

“Saya tak ambil kisah pun. Tak berkecil hati. Mungkin mereka tak tahu cara menghayati gambar. Sepatutnya sama-sama sokong orang Malaysia kita,” ujarnya lagi.

Antara foto di Instagram Dinie Aiman.

Menurut Dinie Aiman, foto itu dirakam di Kampung Sahabat, Perlis sekitar Jun lalu.

Lebih mengejutkan, ia bukanlah diambil dengan model terbaharu Apple sebaliknya dengan iPhone 7 Plus keluaran tahun 2016.

Tambahnya, biarpun kelihatan ringkas, foto itu mempunyai keistimewaan tersendiri buat dirinya.

“Saya suka masukkan unsur kemanusiaan dalam gambar dan saya sunting bagi nampak natural sahaja.

“Saya tak rasa saya boleh hasilkan gambar terbaik, saya buat sebab minat. Semua gambar saya ada keitsimewaan masing-masing.

“Tapi bukan senang nak ambil gambar tu, keadaan rumput dengan air hampir kering tak selalu macam tu. Memang nasiblah. Nampak macam sawah padi tapi ia bukan sawah sebenarnya,” katanya lagi.

Dinie Aiman tidak berkecil hati dengan komen negatif netizen.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menghujani Instagram Apple dengan pelbagai komen.

Selain meluahkan rasa bangga, mereka turut mempromosikan keindahan Malaysia dan menyeru kehadiran pelancong ke negara ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.