Ayah Ketawa Anak Anggap Kayu Buruk Ini Harta Karun. Sehinggalah Pihak Pengkaji Datang, Semua Terkedu

Selalunya kanak-kanak akan suka bermain pasir di tepian pantai. Pada bulan Mac lalu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun bernama Archie Wood bersama ayah dan ibunya pergi bercuti di Bexhill Beach.

Difahamkan pantai ini terkenal dengan banyak barang peninggalan perang yang terdampar di daratan. Ayahnya membeli sejenis alat pengesan untuk mencari harta karun bersama Archie.

Sewaktu mencari, Archie menemui sepotong kayu yang menyerupai tanduk terkambus dalam pasir. Potongan kayu itu kelihatan sangat unik, jadi Archie menghabiskan banyak waktu untuk menggali kayu itu keluar.

Ketika dia berhasil mengeluarkan kayu itu, Archie merasakan penemuannya itu sangat luar biasa kerana potongan kayu itu lebih dari apa yang dibayangkan.

Kanak-kanak itu kemudian menunjukkan kayu itu pada ayahnya, namun ayahnya mentertawakannya apabila Archie menganggap kayu itu sebagai harta karun.

Bagaimanapun Archie tetap merasa yakin bahawa kayu yang dia gali itu bukan kayu biasa, sebaliknya ia adalah fosil tinggalan sejarah, jadi dia membawanya pulang.

Potongan kayu itu memiliki panjang setengah meter dan beratnya sekitar 2 kg. Archie mula mencari maklumat mengenai kayu ini, tetapi dia tidak menemui sebarang informasi yang relevan.

Kemudian, Archie dan ayahnya menghubungi pihak muzium Zoologi di London untuk diteliti. Ahli pengkaji di muzium sangat terkejut ketika mengetahui bahawa kayu itu bukanlah kayu asli, tetapi sebenarnya adalah tanduk seekor haiwan purba yang dikenali sebagai mammoth atau gajah mammoth.

Mammoth atau Gajah Mammoth adalah beberapa spesies dalam genus Mammuthus, spesies Gajah yang mempunyai gading panjang dan lengkok manakala spesies utara, mempunyai bulu yang panjang.

Mereka hidup pada zaman Pliocene (kira-kira 5 juta tahun dahulu) sehingga zaman Holocene iaitu kira-kira 4,500 tahun dahulu di Afrika, Asia, Eropah dan Amerika Utara. Ternyata Archie telah menemui tanduk mammoth yang telah berusia sekitar ribuan tahun yang lalu.

Pada masa yang sama, para pengkaji di muzium tersebut memang sedang mempelajari mengenai ekosistem pada masa itu dan fosil tanduk mammoth ini sangat penting bagi mereka.

” Pada mulanya ayahnya menyangka ia hanya kayu biasa, tetapi tak sangka ia sebenarnya fosil. Panjangnya kira-kira 18 inci, tetapi hujungnya telah pecah sehingga saya fikir ia mungkin lebih panjang.

” Ia juga sangat berat, lebih dari satu kilogram dan ada bahagian dalam di dalamnya,” kata pihak muzium

Lebih mengejutkan pihak muzium menawarkan harga 22,000 pound pada Archie untuk membeli tanduk tersebut. Jumlah tersebut yang bersamaan hampir RM120,000 bagi seorang kanak-kanak berusia 12 tahun adalah angka yang cukup besar.

Tetapi, menurutnya fosil tanduk ini penting untuk diteliti dan dipelajari lebih lanjut sehingga dia memutuskan untuk menyumbangkannya kepada muzium.

Sekarang, tanduk itu telah menjadi koleksi milik Muzium Bakersfield. Archie sebagai penyumbangnya juga tercatat namanya di muzium.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: kitaviral dan express.co.uk

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.