“Bahaya Weh Dobi Tengah Malam” Netizen Bimbang Keselamatan Untuk Dobi Lewat Malam Lepas Tengok Vide0 R0mpakan Ni

Sekarang ni kita boleh nampak banyak kedai dobi 24 jam beroperasi di tempat kita. Idea untuk mewujudkan kedai dobi layan diri 24 jam ni memang bagus sebab dapat bagi peluang untuk golongan yang kerja tak menentu masa tu membersihkan pakaian mereka.

Tapi isu keselamatan pulak yang timbul tatkala kita pegi dobi walaupun ada CCTV. Banyak dah kes yang berlaku melibatkan kedai dobi 24 jam ni. Macam satu kes yang tular kat media sosial ni lah. Perompak bersenjata datang kedai dobi, terus rampas beg pelanggan disitu. Korang tengok sendiri video oleh @NasirPasir kat bawah ni.

Rompakan bersenjata 

Kalau benda ni berlaku depan admin, admin pun panik weh. Confirm tak boleh fikir betul-betul. Iyelah, kita tengah minding our own business tiba-tiba ada oang rampas beg macam tu je. Mestilah terkejut.

Betul, balik lah rumah dulu ke takpun pegi lah lepak dekat kedai makan sementara tunggu baju siap. Baju hilang takpe, jangan nyawa melayang.

Boleh sediakan weapon ataupun paling mudah sediakan pepper spray. Nampak dia datang dekat sembur je, baru dia tahu

Admin paling geram orang macam perompak-perompak tu. Orang lain susah payah cari duit dia senang-senang je merompak. Badan sihat cukup sifat macam tu apa salahnya pegi buat kerja yang berjenis sikit.

Alhamdulillah. Next time pergi kena berhati-hati. Kita kadang-kadang leka main phone, tahu-tahu perompak dah depan muka. Apa-apa pun take care ye kalau nak mendobi tengah malam tu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.