Baring Di Lantai Jam 3 Pagi MenangIs Pandang Siling, Lari Keluar Kelas, Tapi Gadis Alami Gangguan Mentall Ini Dapat 11A Dalam SPM, PT3 Ini Nasihatnya

ISU kesihatan mental sememangnya bukan perkara yang boleh dipandang remeh.

Sekiranya lambat dirawat, dibimbangi kesannya akan lebih buruk untuk tempoh jangka panjang.

Menerusi kisah yang dikongsi oleh seorang gadis, dia mendedahkan dirinya sedang berjuang untuk bebas daripada penyakit gangguan mental yang dialaminya sejak berusia 14 tahun lagi.

Hanya mahu dikenali sebagai Amirah, gadis ini berkata pada peringkat awal penyakit tersebut, dia sering menangis dan berasa cepat putus asa.

“Sebenarnya mula-mula saya tak tahu juga yang apa saya lalui tu depression… tapi saya tak tahu nak cakap dengan siapa, saya pun Google saja. Saya Google kenapa saya selalu rasa sedih, kenapa selalu rasa macam nak give up… sejak tu baru saya tahu.

“Saya pernah struggle juga dengan social anxiety disorder, selalu kalau buat presentation gelisah sangat sebab rasa macam semua tengah judge saya,”


Beberapa ujian yang perlu dilalui oleh Amirah sebelum dia didiagnosis mengalami gangguan mental.

Menurut Amirah, terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada gangguan yang dialaminya itu.

“Faktor utama, masalah menyesuaikan diri di sekolah baharu sebab tak ada kawan sekolah rendah yang saya kenal di sekolah menengah. Kawan saya pun tak ramai, lepas tu adalah perselisihan. Saya rasa sejak itulah ia bermula.

“Tambahan pula saya diejek oleh rakan sekelas. Dengan masalah family lagi. Jadi, masalah bertimbun, tapi tak ada sesiapa untuk tolong saya,” kata gadis yang kini berusia 18 tahun ini.

Bercerita lebih lanjut Amirah berkata dia masih teringat beberapa peristiwa yang pernah dilaluinya sebelum ini, yang sebenarnya mempunyai kaitan dengan kecelaruan yang dialaminya kini.

Amirah turut memuat naik perkongsian menerusi satu bebenang di Twitter mengenai masalah yang dialami.

“Kalau anxiety, masa tingkatan 3, saya di dalam kelas tapi saya rasa macam tak ada sesiapa berbual dengan saya, tapi classmate saya semua berborak sakan. Tiba-tiba saya rasa panik, macam sekeliling saya terlalu bising. Saya nak menangis masa tu, fikiran bercelaru, terus lari keluar kelas.

“Mengenai depression pula, saya ingat lagi… saya terbaring dalam bilik saya pukul 3 pagi atas lantai menghadap siling, terasa kosong sangat hati saya, tiba-tiba mula menangis. Mengenai kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), salah satu simtomnya ialah terlupa di mana kita letak benda penting. Sebelum pergi sekolah saya selalu lambat siap 10 minit sebab cari phone sebab saya lupa letak kat mana,” ujarnya.

Amirah juga mengakui dia pernah terfikir untuk bunuh diri terutamanya ketika mengalami depresi yang teruk, namun dia masih berjaya mengawal keadaan dirinya.

Tambahan pula saya diejek oleh rakan sekelas. Dengan masalah family lagi. Jadi, masalah bertimbun, tapi tak ada sesiapa untuk tolong saya.

AMIRAH

PESAKIT MENTAL

Hampir memasuki tahun kelima berjuang dengan gangguan mental dan memendam masalah bersendirian, Amirah akhirnya memberanikan diri untuk mendapatkan rawatan pakar terapi dan psikiatri.

“Masa saya mula sambung pengajian di kolej Julai tahun ni, saya cuba apply untuk terapi. Di kolej saya Alhamdulillah, terapi adalah percuma untuk pelajar.

“Psikiatri yang saya jumpa dan ahli terapi ada bagi beck depression/anxiety inventory. Untuk ‘anxiety inventory’ pakar psikiatri ada bagi Adult ADHD Self Report Scale Symptom Checklist juga. Jadi sebenarnya diagnosis masih berjalan, tapi saya sedang diuji untuk depresi, kebimbangan (anxiety) dan ADHD,” katanya.

Sungguhpun dirinya dibelenggu dengan masalah gangguan mental, anak kedua daripada enam adik beradik ini berjaya membuktikan penyakitnya bukan alasan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Amirah bergambar bersama trofi yang dianugerahkan sekolahnya selepas berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Gadis ini berjaya memperoleh 11A masing-masing untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

“Kadang-kadang orang tak percaya kita sedang struggling sebab nampak happy dan cemerlang.

“Ramai orang ada perasaan macam ni… mereka pendam. Saya harap sangat mereka atasi perasaan takut untuk dapatkan bantuan. Saya berharap mereka akan menjadi pejuang untuk diri sendiri dan untuk melawan stigma di Malaysia dengan memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia,” ujarnya mengakhiri bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.