Joe Flizzow Kini Selamat Bergelar Tunangan Orang, Tahniah

Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow telah mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya, Marini Ramlan, hari ini.

Difahamkan, Joe atau nama lengkapnya Johan Ishak sudah merisik teman wanitanya Marini atau mesra disapa Nini yang merupakan seorang pelukis profesional. 

Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh rakan media, HLive menerusi laman media sosial Instagram.

“Alhamdulilah tahniah kepada @flizzow dan pasangannya, Nini untuk pertunangan mereka.

“Kami di @officialhlive doakan yang terbaik dan semoga semuanya di permudahkan Sumber photo : @misdeeds_,”tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat menitip kata ucapan tahniah kepada Joe.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Joe Flizzow

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.