Kajian Menunjukkan Pembantu Rumah Lebih Mengenali Anak Jagaan Berbanding Ibu Sendiri

Sejak dahulu lagi, amalan meninggalkan anak-anak dengan pembantu rumah atau pengasuh telah menjadi perkara biasa bagi ibu bapa yang bekerja.

Walaupun tujuannya utamanya adalah untuk membantu melakukan tugasan di rumah dan memantau anak-anak ketika ketiadaan ibu bapa, banyak masalah yang timbul dari kebiasaan ini.

Hubungan ibu dan anak renggang.

Antara isu yang kerap bangkit apabila anak dibesarkan oleh orang lain adalah hubungan anak dan ibu menjadi renggang.

Isu ini sudah banyak kali diteroka dalam filem dan siri-siri televisyen Hollywood mahupun tempatan. Ada yang melibatkan situasi di mana pengasuh menculik anak majikan kerana kasihan melihat mereka diabaikan ibu sendiri.

Lebih menyedihkan, dalam situasi seperti ini, anak-anak akan berpihak dengan pembantu rumah dan pengasuh kerana hubungan mereka yang lebih rapat.

Pembantu rumah lebih memahami.

Seperti dalam satu iklan kesedaran yang dikongsikan di Twitter, ibu dan pembantu rumah dibandingkan untuk melihat siapa lebih memahami dan mengenali anak yang mereka jaga.

Antara soalan yang ditanyakan adalah cita-cita, kawan baik, subjek kegemaran, dan rakan lelaki yang disukai oleh anak majikan.

Menurut kaji selidik yang dilakukan di Singapura itu, 74% pembantu rumah menjawab soalan tentang anak di bawah jagaan mereka dengan betul berbanding ibu kandung sendiri.

https://twitter.com/mohdkautharr/status/1208924513519333377

Malah ramai kanak-kanak yang dijaga oleh pembantu mengakui akan mencari ‘auntie’ mereka apabila mereka memerlukan teman, walaupun ibu ada di rumah.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan mesej yang cuba disampaikan oleh iklan itu. Keluarga yang menggunakan khidmat orang gaji perlu memberikan pekerja mereka waktu rehat. Ini sekaligus dapat memberikan ibu bapa serta pembantu rumah peluang untuk meluangkan masa dengan anak mereka sendiri.

“Gaji beribu tapi anak kau x nak kat kau…”

“Untuk tepek dekat dahi perempuan moden…”

“Betul sangat…”

“Perkara paling ibu2 takut…”

“Sedih sangat…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.