Tentera Bersnjata Tunggu Diluar Msjid, Rakyat MaIaysia Ditahan Kerana SoIat Tanpa Permit di Xinjiang

Dunia sudah maklum mengenai kek3jaman kerajaan China terhadap etnik Ugyhur yang beragama Islam di Xinjiang.

Sama ada mahu bersuara mempertahankan mereka atas dasar kemanusiaan atau sekadar berpeluk tubuh menantikan keajaiban berlaku, terpulanglah kepada pendirian masing-masing.

Seorang pengguna Facebook Zikri Fuad berkongsi pengalaman beliau ditahan poIis China hanya kerana bersoIat di msjid Turpan dekat wilayah Xinjiang ketika mengetuai ekspedisi jalan darat memasuki negara tembok besar itu semasa Kembara Inspirasi Haji pada tahun 2017.

Menurut Zikir, itu merupakan kali kedua beliau mengetuai ekspedisi memasuki China menerusi jalan darat. Kali pertama adalah pada 2014 di mana pengalamannya adalah sangat mudah dan menyeronokkan.

Jelasnya, cabaran Kembara Inspirasi Haji 2017 bermula seawal memasuki sempadan China malah rombongannya hampir dinafikan untuk memasuki negara tersebut kerana dalam itinerari (pelan perjalanan) tertulis perkataan Xinjiang.

Namun begitu, disebabkan mengupah ejen pelancongan daripada sebuah syarikat terkemuka dan berpengalaman luas, rombongan berkenaan dibenarkan masuk atas jaminan syarikat pelancongan tersebut.

Ditambah pula ia merupakan ekspedisi kali kedua dan mereka mempunyai rekod lampau yang baik.

Cuma menurut Zikri, syarikat berkenaan mewajibkan rombongan yang diketuai beliau untuk mengupah seorang anak muda warganegara China bernama Andy untuk menyertai ekspedisi berkenaan.

” Sepanjang berada di bumi Xinjiang kami telah cuba untuk soIat di msjid disepanjang perjalanan namun gagal.

” Hanya msjid ini (gambar bawah) berjaya dibolosi kerana tidak ada sebarang halangan dan poIis yang menjaga kerana terletak di pelusuk ceruk kampung di sebuah gurun Gobi yang sentiasa gersang tanpa setitis air hujan pun

” Mungkin rezeki kami dan doa musafir yang sangat ingin soIat di msjid.

” Gambar ini kami rakam dengan gembira sebelum soIat kerana merasa amat lega berjaya memasuki msjid.

” Kegembiraan kami rupanya disentap apabila kami ditangk4p selepas selesai soIat. Ribut sekali lagi datang menerpa.

” Kelihatan tentera bersenjata dan poIis menunggu kami di luar msjid.

” Kelihatan seorang imam berusia lengkap berjubah sedang dimarahi oleh seorang pegawai yang sangat bengis. Imam itu terduduk seorang menahan kemar4han dan menggayakan bahawa dia tidak bersal4h akan hal ini.

” Mungkin mereka menyangka imam itu benarkan kami soIat. Walhal setibanya kami di sana tidak ada sesiapa hanya kelihatan CCTV dan pintu scanner macam kat airport tu je.

” Andy guide kami sepanjang 17 hari di China sangat kec3wa dan mar4h serta mempertahankan kami dari ditngkap oleh sang penguasa.

” Namun akur akhirnya kami ditangkap dan dipaksa diheret ke balai,” katanya.

Selepas empat jam disoal siasat dan perbincangan bersama ketua balai, pemandu pelancong dan ketua ekspedisi, rombongan tersebut dilepaskan daripada melakukan kesalahan memasuki msjid dan bersoIat tanpa permit poIis.

Tambah Zikri, jika memasuki Xinjiang sebagai pelancong, anda akan dilayan dengan baik sebagai pelancong serta dibawa ke tempat-tempat menarik di sekitar Xinjiang yang telah ditetapkan oleh kerajaan sahaja.

Bagaimanapun, tiada interaksi bersama penduduk dibenarkan. Malah terdapat msjid yang dibenarkan untuk dikunjungi para pelancong namun dilarang untuk bersoIat, ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: malaysiagazette dan FB Zikri Nuar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.