“Bismillah, Doakan Kami” Nadzmi Adhwa Dan Ardell Aryana Ke Syria Untuk Misi Kemanusiaan

Aktor Nadzmi Adhwa dan isterinya pelakon Ardell Aryana akan berlepas ke Syria untuk menjalankan misi kemanusiaan.

Menurut Nadzmi, misi selama 20 hari itu dilakukan dengan niat untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Saya dipilih untuk menjadi ikon kemanusian Yayasan Dana Kebajikan bermula tahun lepas dan misi pertama saya adalah di Palu, Indonesia.

“Untuk kali ini, kami akan bercuti di Turki dahulu sebelum dijemput oleh Yayasan Dana Kebajikan untuk masuk ke Syria.

“Kami akan pergi bermula 27 Disember sehingga 18 Januari depan. Kami pergi tanpa dibayar, memang niat menyertai misi ini untuk meringankan beban mereka,” kata Nadzmi kepada Gempak.

Nadzmi ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Busut Bonang bertempat di E@Curve, Petaling Jaya pada 10 Disember lalu.

Terbaru menerusi laman sosial Instagram, Nadzmi turut berkongsi sebuah foto keberangkatan dia dan isteri ke Turki dan Syria.


“Bismillah, doakan kami. Malaysia – Turki – Syria. Kita jalan dulu sekejap lepas tu terus sambung misi kemanusiaan ke Syria selama 20 hari. Teruskan hulurkan bantuan di akaun rasmi @ydkmm_official. Kami sedia membantu saudara di Syria,” tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan perjalanan pergi dan pulang mereka dilindungi.

Peminat turut meminta Ardell dan Nadzmi agar menjaga kesihatan dan bayi di dalam kandungan yang kini berusia empat bulan.

Minggu lalu, Nadzmi mengesahkan isterinya hamil anak pertama.

Pasangan comel ini berkahwin pada 1 September lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Seri Kembangan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.