“Doakan Perjalanan Kami Selamat Pergi Dan Balik” Haziq Hussni Bawa Isteri Tunai Umrah

Penyampai radio dan pengacara Haziq Hussni telah selamat berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada Sabtu lalu (28 Disember).

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Haziq memohon semoga perjalanannya bersama isteri, Ayunda Putri ke tanah suci akan dipermudahkan.

Dalam pada itu, Haziq turut  mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya atas kesilapan kata dan kelakuan.

“Assalamualaikum. InsyaAllah saya dan @ayundaputrii akan berangkat ke Mekah pagi ni.

“Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Saya mohon ampun maaf kalau ada terlukakan hati kalian sepanjang kita kenal. Love you guys!” tulisnya.


Peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar urusan pengacara itu dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Selain Haziq, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakandanya turut berada di sana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.