“Hulu Mana Mai Ni, Buat Peghak” Mat RempIt Buat AksI Bhaya, Sesuka Hati Panjat Jambatan Pulau Pinang

Kalau pelancong datang ke Pulau Pinang, benda paling excited yang korang nak tengok dan experience pastinyalah Jambatan Pulau Pinang sebab ia mercu tanda bagi negeri Pulau Mutiara ni.

Bagi mereka yang first time ke Pulau Pinang ni, admin faham perasaan korang yang nak bergambar atau ambil instastory sepanjang melalui jambatan kelima terpanjang di Asia Tenggara ni.

“Kalau ditakdirkan jatuhlah…” 

Tapi korang janganlah tunjuk ‘jakun’ atau orang Penang cakap ‘peghak’ sangat sampai buat aksi berbahaya kat bawah ni.

Menerusi perkongsian Facebook Penang Kini, sekumpulan ‘mat rempit’ dilihat telah berhenti di atas jambatan dan memanjat tepi palang besi jambatan tersebut.

Kalau diikutkan, tindakan ni memang salah sama sekali sebab tak ada kenderaan boleh berhenti atas jambatan kecuali sebab kecemasan je.

“Ni perangai tak pernah masuk Penang ni, perangai tu menyusahkan orang” 

Seperti yang korang dapat agak, perkara ni telah menimbulkan kemarahan netizen terutamanya warga Penang yang merasakan tindakan ni bakal menyusahkan pengguna jalan raya dan pihak berkuasa. 

Yelah kan, katakanlah kalau korang terjatuh… haa siapa yang susah? Polis dan bomba pasti kena kerah untuk operasi menyelamat. Malah benda-benda macam ni boleh sebabkan kemalangan atau kesesakan atas jambatan tau.

“Buat relax, depa sekali sekala dapat naik jambatan tu” 

Macam mana pun, masih ada yang back up tindakan rider-rider tersebut kerana bagi mereka perkara ni bukan isu besar pun. Bagilah kesempatan mereka nak merasa ‘excited’ first time naik jambatan.

Bagi admin kalau nak bergambar tu tak salah tapi pastikan pengguna jalan raya mengikuti undang-undang semasa memandu di atas jambatan. Kalau dah jadi kemalangan nanti, jangan pulak nak salahkan orang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.