“Tudung Perlu Dilabuhkan Menutup Dada” Mona Allen Tukar Imej, Mula Berhijab

Pelakon Mona Allen mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik sekeping foto yang memaparkan imej dirinya dalam keadaan berhijab buat pertama kali.

Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen, 34, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Sis tak berapa nak pandai sangat nak berhijabista, tetapi boleh tahan lah kot.

“Pelan-pelan kayuh. Doakan ya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

sis tak berapa nak pandai sgt nak berhijabista… but not bad laaa kot👻👻😝😝 pelan2 kayuh😊😊 doakan ye🥰🥰

A post shared by Mona Allen💜 (@mona.allen) on


 Menerusi perkongsian pelakon drama Monalisa itu, foto yang memaparkan dirinya mengenakan tudung berwarna merah jambu itu difahamkan dirakam di dalam sebuah masjid.

Biarpun tidak menjelaskan sama ada dirinya sudah benar-benar berhijab, namun, imej dirinya menggayakan tudung itu mendapat pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Rata-rata memuji Mona yang disifatkan lebih nampak cantik dan ayu dengan imej sedemikian.

“Alhamdulillah, makin cantik bila bertudung..cuma tudung perlu dilabuhkan menutup dada,” tulis salah seorang pengikutnya.

Mona kemudian turut mengakui bahawa banyak lagi yang perlu dipelajarinya.

“Insya-Allah sis baru belajar,” balasnya terhadap komen yang diberikan kepadanya.

Sebelum ini, Mona juga pernah mendapat perhatian umum apabila mendirikan rumah tangga secara rahsia dengan pelakon Pekin Ibrahim pada Disember tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.