“Dari ‘Sejantan-Jantan’ Perempuan, Sekarang Lebih Manja” Dini Ubah Janna Nick

Pelakon Janna Nick kini sedang dilamun cinta selepas menjalinkan hubungan dengan Dini Azan Schatzmann.

Janna mendedahkan Dini telah mengubah dirinya menjadi lebih feminin dan manja.

“Terima kasih 2019. Banyak sangat perubahan berlaku kepada saya tahun ini. Daripada seorang wanita yang kasar dan ‘jantan’, sekarang lebih feminin dan manja, tapi dengan Dini sajalah.

“Kalau dengan orang lain, saya masih sama iaitu suka gelak kuat,” katanya.

Janna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia memuat naik video kompilasi saat romantis mereka bersama.

Tambah Janna lagi, Dini seorang yang banyak bersabar dan lembut bila bersamanya.

“Apa boleh dikatakan mengenai Dini, dia orang yang paling banyak bertolak ansur, sabar, paling lembut dan positif.

“Untuk lelaki di luar sana, jangan ingat perempuan kasar tidak pandai nak hormat pasangan. Kalau lembut layanan diberi, maka lembutlah dia,” katanya lagi.

Rata-rata pengikutnya suka melihat kebahagian mereka berdua dan menyifatkan mereka pasangan yang romantic dan secocok.

Terdahulu, Janna pernah mengumumkan hubungan mereka kepada media pada awal November 2019.

 

View this post on Instagram

 

TO MANY MORE “I LOVE YOU” Thanks 2019 ! Tahun yang paling banyak ubah aku…yes I’ve changed a lot!Sekasar-kasar , sejantan-jantan perempuan 😂 dah more feminine, manja teruk…tapi dengan @dinischatzmann je lah… dengan orang lain aku masih jantan 😂 ( GELAK MASIH KUAT😂) Dia lah orang yang paling banyak tolerate, paling banyak sabar, paling lembut…paling positive.. DAN Yang paling “baby” … Untuk lelaki kat luar sana…jangan ingat perempuan kasar Tu x reti respect partner…kalau lembut layanan korang..maka lembut la dia😂 Tag GF/Wife yang dulu kasar/tomboy sekarang dah lembut ❤️ ( untuk yang nampak perubahan saya, Dan mungkin ada yang tak suka..bagi saya masa dan ruang untuk diri saya…)

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.