“Hadiah New Year” Fizz Fairuz Dedah Isteri Kini HamIl Anak Keempat

Pelakon Datuk Fizz Fairuz menerusi Instagram miliknya mendedahkan isteri, Datin Almy Nadia kini sedang hamil anak keempat mereka.

Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 telah dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan dan ujar Datuk Fizz Fairuz, berita gembira berkenaan seperti hadiah sempena tahun baru dan penutup tahun 2019.

Fizz Fairuz dedah isteri hamil

 

View this post on Instagram

 

Hadiah new year.. hehehe penutup 2019.. amin rezeki allah.. kasih sayang utk anak2 tetap sama,takde setitik pun kurang.. amin.. #babynewyear2020

A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on

“Hadiah new year… hehehe penutup 2019… amin rezeki Allah… kasih sayang utk anak2 tetap sama, takde setitik pun kurang… amin… #babynewyear2020,” ujar pelakon popular ini menerusi Instagram.

Pelakon popular ini juga berkongsikan beberapa keping foto dan ianya meraih perhatian peminat dan pengikut yang turut tumpang gembira dengan keluarga selebriti ini.

Dalam pada itu, rata-rata diruangan komen mengucapkan tahniah buat mereka dan rakan selebriti terkenal juga dilihat meninggalkan maklum balas menerusi perkongsian Datuk Fizz Fairuz.

“Wahhh hebat bang! Congratss”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Datuk Fizz Fairuz

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.