“Kat Shah Alam Tak Ada Penyu Lah Gmpang” Netizen Slndir Penjual Air Boba, Suka Hati Tukar Straw Plastik ke Kertas

Dah nak masuk tahun 2020 ni, masalah pencemaran alam sekitar dan kepupusan haiwan disebabkan sisa toksik dan sampah masih menjadi isu besar dunia.

Oleh kerana perkara ni lah, pelbagai agensi mula ambil pelbagai inisiatif yang mana salah satunya untuk mengurangkan penggunaan plastik supaya ia tidak membahayakan hidupan laut.

Kita ambil contoh mudahlah, haiwan macam penyu selalu saja jadi mangsa bila ia sering dilihat termakan bahan plastik macam straw. 

“Kat Shah Alam takde penyu lah g*mpang” 

Walau bagaimanapun, inisiatif yang diambil penjual untuk menukar straw plastik kepada straw kertas nampaknya tak dipersetujui netizen ramai kerana perkara tersebut dianggap remeh dan menyusahkan. 

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen merungut bila premis yang menjual air boba ni menggunakan straw kertas.

Malah dia sempat menyindir dengan cakap, di Shah Alam mana ada penyu. Kenapa nak kena tukar straw plastik yang digunakan sebelum ni? Haih!

 

“Dahlah aku suka gigit straw, ada sekali tu aku tertelan kertas dia, nak tercekik rasa” 

Perkongsian ni mendapat sokongan segelintir netizen lain yang merasakan penggunaan straw kertas ni sangat menyusahkan. Ia sudahlah cepat larut, lembik dan senang melekat pada bibir. Hmm macam-macam ye. 

“Excuse me tak semestinya ada penyu tak ada penyu. Kalu pakai yang plastik pun end up dorang buang kat mana?” 

Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan netizen lain yang tak setuju dengan pendapat mereka ni dan menyatakan kepentingan kenapa kita perlu henti menggunakan straw plastik.

Memang benar Shah Alam tak ada penyu, namun semua sisa sampah termasuk straw ni balik-balik akan end up ke laut juga kan? Jadi… ia pasti akan bahayakan hidupan yang ada di dalam laut tu jugak.

Meskipun penggunaan straw kertas ni ada pros and consnya, admin harap korang janganlah mengecam inisiatif baik macam ni. Kalau rasa tak selesa, boleh je bawa straw jenis metal sendiri dari rumah. Kan senang? 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.