Mira Filzah Calon Hos Baru MeleTOP Gantikan Neelofa

Pelakon dan pengacara popular Mira Filzah terkejut apabila namanya menjadi antara calon hos yang disebut-sebut untuk menggantikan posisi Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP.

Jelas Mira, sehingga kini masih belum ada sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya dia bakal menjadi hos baru MeleTOP.

“Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kalau ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baru, ia satu perkembangan yang baik, mungkin orang nampak kemampuan saya.

“Bukan senang untuk sesiapa sahaja hos baru seperti saya untuk mengambil alih rancangan itu.

“Program itu sendiri pun sudah ada satu jenama dan ‘chemistry’ yang sangat kuat.

“Tetapi, kalau tiba-tiba nama saya berbangkit, maknanya orang nampak potensi saya. Cuma, buat masa sekarang belum ada apa-apa lagi,” katanya kepada Gempak.

Sebelum Mira, penyanyi Siti Nordiana pernah menjadi calon hos baru MeleTOP seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk netizen sendiri.

Nana sebelum ini pernah mengendalikan siaran langsung rancangan hiburan Gema Gegar Vaganza selama dua musim bersama Fikry Ibrahim.

Manakala, Mira pula pernah diundang menjadi pengacara jemputan rancangan MeleTOP sebelum ini dan mendapat respon positif daripada penonton.

Pada 3 Disember lalu, hos tetap MeleTOP, Neelofa telah mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan itu selepas tujuh tahun bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.