Sebalik TabIr Memey Suhaiza Rakam Vide0 Guna KakI, Memang Kreatif

Baru-baru ini Norman Hakim berkongsikan video dan foto bagaimana isterinya mengambil video biarpun berada di dalam kereta. Dalam perkongsian itu kelihatan Memey Suhaiza rakam video guna kaki telah meraih perhatian ramai.

Nama pun wanita, memang ramai yang mengakui golongan ini sangat multitasking. Dalam satu masa mereka boleh buat dua tiga benda dan hasilnya sempurna. Sama seperti pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza. Suaminya, Norman Hakim akui Memey Suhaiza adalah wanita multitasking dalam satu perkongsiannya di Instagram.

Norman Hakim yang juga seorang pelakon sempat merakamkan gelagat isterinya yang sedang membuat video ketika di dalam kereta. Berkongsikan foto dan video gelagat isterinya di laman Instagram, Norman Hakim sendiri akui Memey Suhaiza adalah wanita yang hebat.

Manakan tidak dalam perkongsiannya itu kelihatan Memey Suhaiza memegang handphone sambil merakamkan video menggunakan kaki serta kedua tangannya pula sedang memakai gincu. Luarbiasa sungguh kebolehan wanita ini!

Berikut adalah perkongsian dari Norman Hakim sendiri yang memaparkan di sebalik tabir video Memey Suhaiza:


Ini pula adalah hasil dari mengambil video menggunakan kaki tersebut. Nampak macam tiada yang pelik bukan?

Perkongsian Norman Hakim ini telah meraih perhatian ramai dengan hampir 24,000 likes. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai Memey Suhaiza rakam video guna kaki ini di ruangan komen seperti berikut:

“Pernah tengok kawan mekap sambil drive kereta manual. Taktau kenapa dia masih hidup”

“Kreatif. Tak terfikir pun hahah boleh try”

“Aje yang handei”

“Boleh tak jatuh fon tu hebat mummy”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:  Normanhakim_786

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.