“Setiap Hari Mahu Benda Manis” Amyra Rosli

Aktres jelita Amyra Rosli mendedahkan perubahan dirinya ketika hamil anak kedua ini.

Jelas Amyra dia sangat menggemari makanan yang manis dan akan memakannya setiap hari.
“Saya seperti ketagih makanan manis sehingga berat badan naik mencecah 53 kilogram.

“Ketika mengandungkan Anaqi dahulu, saya mencari apa-apa yang masin, kini setiap hari mahu benda manis.

“Cuma, saya harus berhati-hati kerana tidak mahu terkena penyakit lain pula nanti,”

Selain itu, pelakon utama drama Cemburu Seorang Perempuan akui pernah dimarahi oleh suaminya, aktor Amar Baharin kerana melakukan kerja berat di rumah.

“Saya tidak tahu bagaimana tabiat dan karakter itu boleh berubah sebegitu sekali sehingga menjadi ‘obses’ mengemas rumah.

“Sampaikan suami marah kerana saya melakukan kerja berat ketika sarat hamil.

“Mungkin gara-gara pembawaan anak perempuan, ia membuatkan saya kerap mengemas,” katanya lagi.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung, Aqeef Anaqi pada 15 Oktober 2017.

Amyra dijangka akan melahirkan bayi perempuan pada bulan Februari 2020.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.