Azam 2020 Ayda Jebat Bakal Muncul Dengan Album S0lo Pertama, Intai Peluang Berlakon Filem

Sempena kedatangan tahun baru, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat berazam untuk meningkatkan kualiti kerja dalam bidang hiburan.

Serius merencana perancangan karier sepanjang tahun 2020, Ayda bakal muncul dengan album sulung dan mahu terlibat dengan projek filem.

 

View this post on Instagram

 

💛 . Sometimes you just have to be done. Not mad, not upset. Just done. 😊 . #AydaJebat #BetterThanYou

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on


“Sejujurnya, saya tak sabar mahu memulakan perjalanan seni tahun 2020! Saya mahu lebih fokus dalam meningkatkan kualiti kerjaya.

“Semuanya demi peminat yang tak berhenti menyokong serta memberikan semangat untuk terus melangkah maju.

“Perancangan besar tahun 2020 ialah saya akan muncul dengan album solo pertama serta mahu terlibat dengan lebih banyak produk berkualiti, terutamanya filem.

“Saya sedang mengintai peluang terbabit kerana kali terakhir saya menjayakan filem adalah pada tahun 2017 menerusi Pinjamkan Hatiku.

“Ada lebih banyak perkara yang menarik mahu saya hidangkan kepada peminat dan saya harapkan doa yang baik-baik serta sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi,” kata pelantun lagu Temberang ini.


Baru sahaja muncul dengan single terbaru berjudul Better Than You, Ayda kini sedang sibuk di set penggambaran drama bersiri Bukan Gadis Biasa.

“Saya kini masih berada di set penggambaran drama bersiri Bukan Gadis Biasa terbitan JS Pictures.

“Bergandingan dengan Remy Ishak, watak ini berbeza berbanding karakter yang pernah saya bawakan sebelum ini. Saya mengorbankan rambut panjang demi menjayakan watak Johana.


“Selain itu, drama bersiri Cindai juga sedang hangat ditayangkan di TV3. Setakat ini, saya gembira kerana ia banyak menerima maklum balas positif peminat. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.