Izara Aishah Hamil Enam Bulan, “Alhamdulillah, Tuhan Memakbulkan”

Tahniah diucapkan buat pelakon popular, Izara Aishah yang telah dilaporkan hamil enam bulan. Impian selebriti cantik ini untuk mempunyai cahaya mata pertama bakal tercapai pada 2020.

Menurut pelakon Ombak Rindu, sekarang baru dia bersedia untuk berkongsikan berita bahagia. Ini kerana baginya, pada awal fasa kehamilan segala-gala boleh terjadi.

Izara Aishah hamil enam bulan

“Sejak mendirikan rumah tangga, saya dan suami memang merancang untuk mendapatkan zuriat pada 2020 kerana masing-masing sibuk bekerja. Selain itu, kami juga mahu menikmati masa bersama terlebih dahulu. Alhamdulillah, Tuhan memakbulkan doa saya dan suami.

Bagaimanapun, ujarnya juga terdahulu apabila ada yang bertanya tentang zuriat dia mahupun suami, Adib tidak berani mengatakan mereka ada perancangan sendiri.

Namun begitu, mereka hanya mengaminkan sahaja doa mereka. Umumnya, Izara Aishah dikenali sebagai selebriti yang tidak terlalu suka berkongsi mengenal hal peribadi secara terbuka tetapi berita mengenai kehamilan ini dia simpan selama enam bulan sebelum bersedia untuk berkongsikan hal berkenaan.

Dalam pada itu, kongsi Izara Aishah juga dia tidak mengalami alahan dan bersyukur kerana bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.

“Saya langsung tiada alahan. Alhamdulillah, bayi dalam kandungan juga sihat. Saya sendiri masih memenuhi pelbagai undangan termasuk majlis perkahwinan teman baik, Farah Nabilah, baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.