“Kami Tak Jual Alk0hol Pun” Kedai K0pi Cina Di Kelantan Disman Sebab Guna Cawan ‘Carlsberg’

Sebuah kedai kopi di Kota Bharu disaman pihak berkuasa selepas mereka menerima laporan kedai itu menjual minuman beralkohol. Menurut WOB, Kedai Kopi Khuan Heong Yan telah beroperasi selama beberapa dekat dan pelanggan mereka terdiri daripada pelbagai bangsa.

Namun, beberapa hari lepas pemilik kedai, Kho Ai Chi memberitahu dia ada menerima laporan bahawa kedainya menjual minuman beralkohol kepada orang ramai.

Saya dengar kami dilaporkan telah menjual alkohol, tapi sebenarnya kami cuma gunakan cawan yang mempunyai logo bir untuk hidangkan air kopi. Kami tidak menjual alkohol, selama ini memang kami hidang minuman guna cawan-cawan ini. Saya tak tahu kenapa tiba-tiba ada yang melaporkan tentang kami.”

Katanya lagi, memang ramai pelanggan minta air kopi dihidangkan dalam cawan yang ada logo bir jenama Carlsberg kerana saiz cawan itu lebih besar.

Pada 24 Disember, sejumlah 4 saman dikenakan kepada pemilik kedai itu. Salah satunya adalah kerana menggunakan cawan yang mempunyai logo bir sementara yang lain pula dikenakan oleh jabatan kesihatan kerana lantai kotor dan beberapa lagi kesalahan lain.

Baca berita penuh di sini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.