“Nampak Tak Menyelerakan” Ramai Netizen Cadang Ramly Tukar L0go Dan Packaging Pr0duk Cheesecake Sebab Tak Menarik

Sebut je Ramly, nama brand ini sudah terpahat dalam hati rakyat Malaysia sejak dulu lagi. Mana tidaknya, sejak dari dulu lagi Ramly menjadi ‘burger tepi jalan’ pilihan ramai orang.

Selepas bertahun-tahun mengusahakan perniagaan dengan jatuh dan bangunnya untuk berada di tahap ini, Ramly masih teguh dan malah sudah keluar dengan produk baru yang tidak berkaitan dengan burger.

Ada jual produk cheesecake!

Melalui satu perkongsian di Twitter, seorang individu suggest orang ramai supaya cuba produk cheesecake keluaran Ramly. Mungkin ramai yang tak tahu, tapi Ramly hasilkan 4 perisa cheesecake berbeza iaitu Tiramisu, Chocolate, Lemon dan Blueberry.

Ramly juga ada product cheesecake. Sedap!!”

Ramly perlu rebranding

Seorang netizen lain kemudian cadangkan supaya jenama Ramly melakukan rebranding jika mahu kesemua produk mereka laku dan terus kekal. Semua pun tahu, sejak dulu lagi Ramly dikenali dengan logo dan packaging yang sama dengan menggunakan warna coklat dan kuning sebagai tarikan utama.

Warna packaging tak menyelerakan

Warna  pada logo dan packaging Ramly dikatakan tidak menyelerakan dan tidak menarik perhatian ramai untuk membeli.

Ramai netizen lain bersetuju dengan statement itu dan berkata Ramly sememangnya perlukan penjenamaan semula serta mulakan marketing yang baru dengan target market yang lebih proper, menggunakan saluran-saluran yang lebih up to date.

“Harga pun murah. Cuma dan terbiasa dengan stigma burger tepi jalan”

Bermacam-macam idea diberi oleh netizen dekat thread Twitter tersebut di mana masing-masing bersetuju dengan cadangan Ramly rebranding.

Siapa pernah try cheesecake Ramly?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.