Semangat Bangun Awal Ke Sekolah

“MAHU belajar membaca dan menulis dengan kawan. Tak sabar nak pergi sekolah lagi,” kata Muhammad Rayyan Rizqi Norman, 7.

Dia adalah murid tahun satu yang bakal memulakan sesi persekolahannya di Sekolah Kebangsaan (SK) La Salle di sini, esok.

Bapanya, Norman Awirson, 38, berkata, dia bersama anaknya hadir ke sekolah berkenaan bagi sesi pendaftaran dan orientasi murid tahun satu.

“Memang sedikit gementar berikutan Rayyan adalah anak sulung daripada tiga beradik. Walaupun dia sudah pergi ke tadika selama dua tahun namun persekitaran sekolah agak sedikit berbeza.

NUR Irdina Natasha teruja ketika memasuki kawasan sekolah.

“Namun, apabila melihat dia bersemangat bangun awal pagi dan tidak sabar nak ke sekolah jadi saya berasa sedikit lega.

“Hari ini (orientasi) lebih kepada suai kenal. Apabila melihat dia boleh bergaul dengan rakan-rakan sekolah dengan mudah membuatkan saya pula yang teruja,” katanya kepada Harian Metro.

Norman berkata, dia mengambil cuti Khamis ini sebagai persediaan untuk menghantar anaknya ke sekolah tanpa ditemani olehnya dan isteri.

Sementara itu, Mazirah Borhan, 32, berkata, anaknya Nur Irdina Natasha Mohamad Suhainis begitu teruja ke sekolah apabila dapat memakai pakaian sekolah dan menggunakan kelengkapan yang baharu.

NORMAN bersama Muhammad Rayyan hadir ke sesi pendaftaran dan orientasi di SK La Salle, semalam.

“Perasaan bimbang itu memang ada sebab dia adalah anak sulung. Namun, bagi saya ia bukan satu masalah memandangkan dia sendiri mahu pergi ke sekolah.

“Cuma sekarang ini saya lebih menitik beratkan mengenai keselamatannya berikutan kawasan sekolah agak besar.

“Oleh itu, saya bawa dia round kawasan sekolah bagi membiasakan dengan persekitaran di situ. Ia termasuk mengajarnya tempat yang perlu dia tunggu sekiranya saya lambat mengambilnya di sekolah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Metro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.