Vide0 Muzik Penuh K0men Lvcah, Wafariena Tak Patah Semangat “KrItikan Seperti Itu Tidak Akan Jadi Penghalang Untuk Saya”

PENYANYI Wafariena Roslan memberitahu dia tidak kisah dengan kecaman dan kritikan berbaur lucah di ruang komen video muzik terbaharunya, Carilah Aku di YouTube.

Menurut Wafaiena, 24, dia mengambil segala kecaman tersebut secara positif memandangkan ia adalah asam garam dalam dunia hiburan.

“Saya sentiasa terbuka menerima kritikan, dalam masa sama saya akan cuba perbetulkan mana yang tak kena.

“Namun sejujurnya komen-komen seperti itu tidak akan jadi penghalang untuk saya terus bergiat aktif dalam industri seni.

Antara komen negatif yang dilemparkan kepada Wafariena.

“Apa-apa pun saya berharap sangat single pertama ini mendapat sambutan yang baik,” katanya kepada mStar.

Wafariena diminta mengulas mengenai komen berunsur lucah di video muzik Carilah Aku yang dilancarkan pada 22 November lalu.

Dalam pada itu, pendatang baharu ini mengakui turut meminati bidang lakonan.

Saya sentiasa terbuka menerima kritikan, dalam masa sama saya akan cuba perbetulkan mana yang tak kena

WAFARIENA ROSLAN

PENYANYI

Bercerita mengenai bakat lakonan, Wafariena berkata dia teruja apabila berpeluang berlakon di dalam sebuah telefilem seram berjudul Kisah Seram Hostel.

“Susah juga nak jayakan watak dalam telefilem ini kerana ia memerlukan saya menangis.

“Jadi bagi tahun 2020, saya mengharapkan lebih banyak tawaran lakonan supaya saya dapat mencuba pelbagai watak hingga menjadi artis serba boleh,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.