Jalan Tergetar2 Cari Rezeki, Nenek 110 Tahun Bertongkat Jual Kerepek

Sepatutnya masa tua diluangkan dengan merehatkan diri di rumah, tetapi lain pula kisah nenek tua ini apabila perlu mengerah tenaga bagi menjual keropok ringan di sekitar bandar Yogyakarta.

Tidak diketahui bila dirakam, video berdurasi 20 saat tular di laman Twitter sehingga mendapat 13,000 tanda suka serta diulang kicau lebih 16,600 kali.

Rakaman itu kelihatan puluhan bungkus keropok digantung pada tongkatnya sambil berjalan di beberapa sekitar tempat tarikan orang ramai, Alun-alun Kidul.

https://twitter.com/budakbaonk_ri/status/1205986462841229313

Beliau berjualan pake tongkat gitu,smga mbah sehat sll&panjang umur serta diberi rezeki yang banyak..aamiin

— Budak Baonk (@budakbaonk_ri) December 14, 2019

“Namanya nenek Ngatiyem umur 110 tahun. Bagi sesiapa yang terjumpa, tolong beli. Semoga nenek sihat selalu..

“…panjang umur serta diberi rezeki yang banyak.. Amin,” tulis pengguna Twitter tersebut, Budak Baonk.

Memetik laporan Kompas, nenek bernama Ngatiyem itu sudah lama kehilangan suaminya akibat meninggal dunia dan tinggal di rumah saudaranya.

Sesekali dia duduk sabar menunggu pelanggan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan, selain sukar untuk berkomunikasi dan semakin kurang pendengaran disebabkan faktor usia.

Allahu! Memang sebak tengok keadaan nenek ni. Semoga beliau terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: metro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.