“Kenapa Buang Dekat T0ng Sampah” VIDEO VIral Jumpa BayI Dibvngkus Plastik HItam Dekat T0ng Sampah

Memang dah banyak kali berlaku kes pembuangan bayi di seluruh dunia. Macam biasalah, kebanyakan alasan yang mereka selalu gunakan adalah di sebabkan terlanjur dan tidak bersedia lagi untuk membesarkan anak yang dilahirkan itu. Amboii senang ye!

Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai sebuah video lebih kurang 1 minit 4 saat menunjukkan dua orang lelaki sedang menyelamatkan bayi yang telah di buang dalam tong sampah.

https://twitter.com/imaginaryworldx/status/1212004811584851968

Namun begitu, melalui suara dalam video tersebut boleh didapati bahawa kejadian ini berlaku bukannya di Malaysia sebaliknya di luar negara.

Tambahan pula, di persekitaran tempat bayi malang itu di buang, ada bungkusan kotak yang mempunyai tulisan dipercayai berasal dari negara Timur Tengah.

Video ini bermula apabila lelaki yang merakam itu seperti terdengar suara tangisan dari dalam beg plastik hitam yang diletakkan dalam tong sampah.

Dia kemudiannya segera pergi menuju ke tempat itu dan mengambil bungkusan plastik hitam tersebut.

Selepas dia membuka plastik hitam itu, apa yang mengejutkan adalah, terdapat seorang bayi yang diselimuti dengan kain.

Bayi malang yang ditinggalkan itu kelihatan sihat dan masih lagi bernyawa walaupun diikat ketat dalam plastik hitam itu.

Rata-rata netizen yang menonton video ini berasa geram akibat daripada tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuang bayi tersebut.

Kesiannya bayi tu, dah la tak tahu apa-apa. Tiba-tiba kena buang pula. Buang dalam tong sampah pula tu. Kalau tak nak sekalipun, jangan lah buang dekat tong sampah, boleh je cari tempat lain yang lebih selamat. Semoga bayi tu panjang umur dan membesar dengan sihat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.