Terpaksa TIpu Anak Kerana MIskin

“ALHAMDULILLAH, syukur masih ada yang sudi memberi bantuan kelengkapan persekolahan kepada anak-anak saya pada saat akhir,” ujar ibu tunggal, Azniyah Abu, 38.

Dia adalah antara 200 penerima bantuan program ‘Back2Scholls 2020’ anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di sekitar Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra, Bangi.

Menurut Azniyah, meskipun dimaklumkan pada saat akhir dia tetap berterima kasih kepada pihak MAPIM yang peka dengan keadaan dirinya yang membesarkan enam anak sejak kematian suami tahun lalu.

“Saya mempunyai enam anak dan lima daripadanya masih bersekolah serta memerlukan kelengkapan persekolahan seperti kanak-kanak lain.

“Sebolehnya saya tidak mahu membeli pakaian atau kelengkapan baharu persekolahan namun ia terpaksa dilakukan memandangkan anak memasuki sekolah menengah tahun ini. Saya perlu membeli pakaian baharu untuk mereka.

“Begitu juga dengan anak yang berubah saiz badan, saya perlu membelikannya pakaian baharu yang lebih besar untuk keselesaan mereka,” katanya ketika ditemui di Uniform Gallery di Bandar Baru Bangi, di sini.

Bagi Syuhada Atika Mohsen, 29, dia gembira kerana kerisauannya untuk membelikan kelengkapan persekolahan anak mendapat perhatian pihak MAPIM.

“Saya berterima kasih kepada pihak MAPIM kerana impian anak saya untuk memiliki pakaian baharu terlaksana. Sebelum ini saya selalu berbohong kepada anak mengatakan baju sekolah tiada saiz kerana saya tiada wang untuk membeli pakaian sekolah baharu.

“Tiada apa lebih membahagiakan seorang ibu apabila melihat senyuman anak selepas menyarung pakaian sekolah baharu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program Back2Schools MAPIM Malaysia, Muhammad Faris Hussain berkata ini kali pertama pihaknya memberi bantuan persekolahan kepada golongan asnaf dan fakir miskin.

“Insya-Allah jika ada kesempatan dan kemampuan, kami akan jadikan program ini sebagai aktiviti tahunan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Metro

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.