“Nanti Kalau Saya Tak Ada, Awak Akan Teringat Kat Saya,” Mawar P0tongkan Kuku Raf 4 Pagi, Sweetnya

Pelakon Raf Yaakob berkongsi video mendedahkan perangai isterinya, Mawar Rashid yang disifatkan sebagai seorang yang cukup ‘sweet’.

Video tersebut memaparkan aksi Mawar bertindak datang kepadanya yang sedang menonton perlawanan bola sepak semata-mata untuk memotong kuku jarinya pada pukul 4 pagi.

“Tengah tengok perlawanan Manchester United, datang pulak si dia. Biarpun  Manchester United kalah, Raf masih mampu tersenyum. Macam tu pun boleh eh,” tulis Raf di ruangan kapsyen menerusi entri terbaru di Instagram TV (IGTV) miliknya.


Dalam video tersebut, Mawar memberitahu dia sengaja mahu membantu suaminya memotong kuku agar dirinya sentiasa dalam ingatan Raf.

“Ye lah, nanti esok-esok lupa, tak potong-potong lagi. Alang-alang.

“Nanti kalau saya tak ada, awak akan teringat kat saya, ‘siapa nak potong kuku saya’. Kalau potong kuku, awak akan lagi ingat,” jawab Mawar ketika Raf mempersoalkan mengapa dia sanggup berbuat demikian.

Perkongsian pelakon drama TQ Captain itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen.

Rata-rata menyifatkan Raf bertuah kerana dikurniakan seorang isteri yang romantik.

“Sweet bersemut lah korang ni..suka sangat. Semoga bahagia hingga jannah. Amin.

“Alhamdulillah…amalan memotong kuku antara suami isteri pengerat silaturrahim bersama,” tulis sebahagian pengikutnya.

Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 35,  mendirikan rumah tangga bersama Mawar, 25, pada 9 November 2017.

Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan cahaya mata, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia 10 bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.