“Tapi Hakikatnya Apa Yang Jadi Kat Aku, Sangat Tak Best” Issey

Apa yang terjadi pada kita tahun lepas, sama ada suka atau duka, kesemuanya berlaku atas kehendak Illahi. Yang pasti, yang baik dari Dia dan yang buruk itu dari kita. Allah Maha Mengetahui hikmah disebalik kejadian yang berlaku pada setiap insan dalam dunia ini. Begitu juga pemergian orang yang kita sayangi. Seperti juga pelawak tempatan kita, Issey, yang meluahkan rasa beliau mengenai tahun 2019 yang beliau tempuhi.

Beliau berkongsi gambar 9 terbaik 2019 beliau dan mengatakan apa yang berlaku pada beliau adalah kurang menyeronokkan. Hakikat sebenarnya adalah beliau bersedih atas pemergian ibunya pada tahun yang lalu.

“2,3 kali aku pikir nak post best nine 2019. Melalui gambar ni, hanya gambar sahaja best. Tapi hakikatnya apa yang jadi kat aku, sangat tak best . 2019, Arw4h Ma men1ngg4l dunia 23 Julai. Ma tak sempat tengok aku kahwin. Terima kasih aimi_jamel . Sebab dia lama jaga Ma, masa Ma s4kit di Kelantan. Skang kau dah jadi isteri aku. Kesimpulannya, 2019, ada yang aku hilang dan ada yang aku dapat.”

Dalam ruang komen pula, isteri beliau berkata menjaga ibu Issey adalah perkara paling seronok 2019 dan beliau sangat merindui ibu Issey.

Para netizen juga sangat bangga akan Issey dan pas4ngan yang sangat mengasihi ibu dan ibu mertua mereka itu. Ada juga yang beranggapan bahawa arw4h ibunya pasti gembira apabila mendapat tahu Issey sudahpun berkahwin dengan insan yang menjaganya hingga akhir hayatnya.

Apa yang sudah berlaku, yang pasti, kita tidak dapat pusing masa kembali. Apa yang kita mampu buat adalah berusaha kedepan dan tawakal dengan apa yang dikerjakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: isseyfazlisham

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.