“Dia Ingat Saya Stress Ke Dengan FItnah” Fara Mendoza Nafi F0to B0gel, Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

SEJAK dari awal kemunculan dalam industri seni, nama Fara Mendoza seperti tidak lekang dengan pelbagai kontroversi.

Terbaharu, dia dikaitkan sebagai wanita dalam beberapa keping foto tanpa seurat benang yang tular menerusi aplikasi Telegram sejak Khamis, malam.

Menyedari mengenai perkara tersebut, Fara tampil menafikan bahawa dia adalah wanita yang berkelakuan tidak senonoh itu.

Foto bogel mirip Fara Mendoza tular menerusi aplikasi Telegram.

Menurut Fara, dia mengesyaki perkara ini dilakukan individu dikenali yang bertujuan untuk menjatuhkannya.

“Wanita di dalam gambar itu bukan saya. Ia fitnah yang sengaja dilemparkan kerana nak jatuhkan saya.

“Mula-mula dia fitnah saya fasal buang janin, sekarang ni dia kaitkan saya dengan gambar bogel pula. Dia ingat saya stress ke dengan fitnah dia?

“Saya tahu siapa dalang di sebalik penyebaran foto tersebut kerana sudah sebulan dia asyik update mengenai saya,” ujarnya kepada mStar.

Mula-mula dia fitnah saya fasal buang janin, sekarang ni dia kaitkan saya dengan gambar bogel pula.

FARA MENDOZA

PELAKON

Dalam pada itu, Fara memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan dan laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada Jumaat.

“Dia memang mental… tak ada siapa yang nak berkawan dengan dia.

“Selama ni pun dia memang suka kutuk orang sampai yang tak kenal pun dia kutuk. Sebab tu saya pun jauhkan diri daripada dia.

“Saya dah pun buat laporan polis dan tunggu saja saman menyusul,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.