“Duet Dengan Wanita Okay Kot, Tapi” Haqiem Rusli

Penyanyi Haqiem Rusli menjelaskan yang dia kini sudah bersedia untuk berduet dengan penyanyi wanita.

Walaubagaimanapun, Haqiem mempunyai beberapa syarat sebelum gabungan itu tercipta.

Menurut Haqiem, dia bersedia untuk berduet jika lagu berkenaan menampilkan mesej-mesej yang positif.

“Saya okay je, tapi bergantung juga pada lagu.

“Kalau boleh biarlah lagu itu mempunyai mesej yang baik-baik dan bukan mengaibkan orang,” katanya.

Tambah Haqiem, dia juga mahu lagu duet berkenaan disuntik dengan unsur-unsur kerohanian.

“Saya ok je lagu cinta, tapi cinta tu kan luas. Tak semestinya cinta lelaki dan wanita saja, cinta kepada ayah, ibu, guru pun sebuah cinta.

“Macam lagu Lembah Kesepian yang menceritakan kasih ayah kepada anaknya,” katanya.

Haqiem ditemui ketika ditemui di Konsert Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, 29 Disember lalu.

Menerusi konsert berkenaan ramai nama besar diberi penghargaan termasuklah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Ramli MS, Dr Amalina Che Bakri, Mira Filzah, Ben Amir, Didi & Friends serta banyak lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.