“Nampak Sangat Dah Scam Kat Situ” Sedang Cakap Telefon Dengan Scammer Sedar-Sedar Duit Dalam Bank Dah Lesap, P0lis Pun Pelik

SEJAK kebelakangan ini, terlalu banyak muslihat yang digunakan scammer terhadap pengguna laman sosial demi mendapatkan wang dan keuntungan dengan cara mudah.

Zaman teknologi yang serba canggih pada hari ini juga menjadikan penyangak-penyangak ini semakin pintar memanipulasi informasi atau melakukan penggodaman ‘hack’ yang adakalanya tak terfikir dek akal.

Begitulah kisah tular seorang wanita yang menceritakan pengalamannya ditipu scammer apabila akaun perbankannya digodam hanya melalui satu panggilan WhatsApp.

Berkongsi cerita dengan mStar, Intan Suraya Abdul Rahman menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali menerusi WhatsApp dan seorang lelaki meminta dia memberikan nombor TAC yang dihantar ke telefon bimbitnya.

Intan Suraya atau lebih mesra disapa Intan menjelaskan bahawa dia terpanggil untuk menjawab panggilan tersebut disebabkan sikapnya yang jarang menyimpan nombor telefon kenalan.

Perkongsian Intan mengenai kisahnya ditipu scammer tular di laman Twitter.

Menurut Intan, dia yang berasa pelik dengan situasi itu terus mematikan talian, namun lelaki berkenaan memulakan perbualan chat di WhatsApp serta mengeluarkan kata-kata kesat supaya diberikan nombor TAC.

“Akhir Disember lepas, dalam pukul 11 pagi ada orang call saya menerusi WhatsApp saja. Disebabkan saya jarang save nombor telefon orang, saya tak terfikir benda buruk pun, jadi saya angkatlah.

“Mana tahu yang call tu kenalan saya. Bila dah angkat, saya dengar suara lelaki dan dia minta saya bagi TAC number untuk transaksi online. Dia cakap ‘boleh tak mintak nombor TAC, sebab saya ada beli barang kat Lazada’.

Of course saya pelik, apa kaitan dia beli barang kat Lazada dengan saya? Kemudian dia dakwa yang dia beli barang kat Lazada tu guna nombor telefon saya. Kenapa pakai nombor telefon saya sedangkan tu barang dia, nampak sangat dah scam kat situ.

Of course saya pelik, apa kaitan dia beli barang kat Lazada dengan saya ? Then, dia claimn yang dia beli barang kat Lazada tu pakai nombor telefon saya. Kenapa pakai nombor telefon saya sedangkan tu barang dia, nampak dah scam kat situ.

INTAN SURAYA ABDUL RAHMAN

MANGSA SCAMMERS

“Dia minta saya bagi nombor TAC secepat mungkin. Terus saya letak telefon sebab dah rasa tak sedap hati. Then, scammer ni tak give up. Dia WhatsApp saya dan maki suruh saya bagi juga nombor TAC, siap cakap saya ‘anak haram’ lagi sebab saya tak nak bagi,” katanya.

Wanita berusia 23 tahun ini malah diugut oleh scammer itu yang menyatakan akaun perbankannya akan disekat sekiranya nombor TAC tidak diberi.

Intan lantas menyemak baki akaunnya melalui semakan perbankan online dan terkejut mendapati sejumlah duitnya telah lesap.

“Kemudian dia cakap, dia akan block website Maybank2u kalau saya tak bagi nombor TAC, saya pun bimbanglah dan sign in terus akaun Maybank sebab nak transfer semua duit kat akaun adik saya, takut duit saya hilang.

“Tapi bila saya buka sahaja, duit saya dah lesap RM900.  Dapat mesej kat TAC kata RM850, tapi kat akaun dah hilang RM900. Semuanya berlaku dengan cepat. Saya sedih masa tu, sebab dalam akaun tu ada duit kawan saya sekali,” katanya.

Intan membuat laporan polis dan melaporkan kejadian ditipu scammer di bank berkenaan.

Intan yang menetap di Puncak Alam, Selangor kemudian segera membuat laporan polis dan melaporkan penipuan itu di bank berkenaan selepas mendapati wangnya lesap dalam akaun.

Bagaimanapun, Intan bernasib baik apabila pihak bank memberi kenyataan bahawa duitnya masih ada dalam akaun tetapi ia ‘disorokkan’ oleh scammer itu.

“Lepas saja benda tu jadi, saya terus buat report polis. Polis pun pelik, kenapa duit hilang walaupun saya tak bagi nombor TAC. Kemudian saya pun pergi Maybank untuk buat report. Selesai sahaja buat kad baharu dan Maybank2u baharu, saya kena hubungi hotline Maybank.

“Bila ikut instruction operator tu, Alhamdulilah, rupanya duit saya masih ada, scammer tu sebenarnya sorokkan duit saya. Saya bersyukur rezeki masih berpihak kepada saya. Mungkin sesetengah orang akan anggap, ‘ala RM 900 saja pun’, tapi saya ni tak berapa senang,” ujarnya.

Intan bersyukur selepas mendapati sejumlah wangnya masih ada dalam akaun bank.

Intan menasihati pengguna laman sosial agar tidak sesekali memberikan nombor TAC kepada sesiapa pun bagi mengelakkan peristiwa ini berlaku.

“Jadi, saya betul-betul bersyukur bila duit tu masih ada. Pengajaran yang saya belajar daripada pengalaman yang saya alami ialah, jangan pernah sesekali bagi nombor TAC dekat orang lain. Senang cakap tak payah layan scammer.

“Sekiranya perkara ini berlaku juga pada sesiapapun, tolonglah buat report polis dan terus pergi ke bank berkenaan sebelum terlambat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.