Paling JijIk, Penumpang Wanita Selamba Guna KakI Sentvh Skrin Dalam Pesawat

SEORANG lelaki merakamkan aksi seorang penumpang lain yang menggunakan kaki untuk membuat pilihan menu pada skrin di tempat duduk.

Erik Olvera mengecam tindakan seorang wanita yang berseluar jeans, disifatkan sebagai perkara yang paling menjijikkan yang pernah dilihatnya sepanjang penerbangan.

Dia berkongsi video tersebut di laman Twitter berhubung insiden semasa menaiki penerbangan Delta.

Erik dari Alabama, Amerika Syarikat menulisnya pada hari Tahun Baharu.

“Saya selalu terbang, setakat ini, inilah yang paling jijik pernah saya lihat dalam pesawat.

“Sila bawa tisu anti bakteria,” katanya.

Timbul persoalan mengenai sama ada penumpang wanita itu merupakan golongan orang kurang upaya (OKU), atau tidak menggunakan tangannya.

Erik segera membalasnya: “Tangannya dia OK. Dia bawa bagasi mahal ke dalam pesawat.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.