Sedap Tapi Rendah Kal0ri, Fazley Buat Kejvtan Dengan

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaacob telah membuka restoran terbaru, Minang Tapau khusus buat penggemar makanan Minang.

Menurut Fazley, restoran tersebut berkonsepkan ekspres dan santai, sesuai bagi mereka yang menjalani gaya hidup sibuk.

“Saya sudah merancang untuk membuka restoran ini hampir setahun yang lalu, akhirnya dapat dilaksanakan bermula penghujung 2019.

“Boleh dikatakan Minang Tapau ini merupakan restoran Suka Sucre versi ekspres di mana pelanggan boleh menikmati makanan di restoran atau ‘tapau’ ke rumah,” kata Fazley kepada Gempak.

Tambah Fazley, semua menu yang dihasilkan di restoran tersebut adalah rendah kalori.

“Semua menu yang disedikan di sini adalah rendah kalori, kami mengurangkan penggunaan santan, garam dan sebagainya.

“Termasuklah teh tarik yang dihasilkan juga menggunakan stivia tanpa mengurangkan rasa asalnya,” ujarnya.

Antara makanan yang dihidangkan adalah Minang Bowl, Pasta Bowl, Bubur Podeh dan Bubur Dessert.

Terletak di Plaza Damansara, Minang Tapau mula beroperasi sejak semalam (2 Januari 2020).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.