“Takda Beg Plastik No Hal” Lihat Aksi Lucu Rakyat Thailand Beli Belah Tanpa Plastik

Bermula 1 Januari lalu, Thailand telah menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik di pusat beli belah, kedai serbaneka dan pasar raya utama negara itu — dalam usaha mengurangkan sisa plastik dan pada masa sama menyelamatkan alam sekitar.

Sambutan yang diterima dari pihak peniaga juga agak positif, misalnya seperti 7 Eleven yang memiliki lebih 10,000 rangkaian di seluruh Thailand — yang turut menghentikan pemberian beg plastik kepada pelanggan.

Tapi macam mana pulak dengan penerimaan kumpulan pengguna di sana? Mereka terpaksalah jadi kreatif!

Satu artikel yang diterbitkan baru-baru ini turut berkongsi gambar-gambar menarik, menunjukkan rakyat Thailand menggunakan apa sahaja yang ada untuk membungkus barang belian mereka, antaranya termasuklah kereta sorong dan karung guni!

Kesemua gambar tersebut sebenarnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook tempatan, dan ada lagi banyak gambar menarik kat page tu.

Tak kisah la apa sekali pun yang diorang nak guna untuk bungkus barang, janji tidak lagi menggunakan beg plastik kan? Mula-mula mungkin agak kekok, tapi bila dah jadi kebiasaan — tak susah mana pun kalau takda beg plastik.

Kat Malaysia, orang kita pun dah mula aware tentang kepentingan mengurangkan kebergantungan kita terhadap beg plastik. Bagus kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.