“Takut Awak Tak Sudi, Awak Tu Nak Level M0del Je” Netizen

Setiap orang mengimpikan alam perkahwinan bersama insan yang tersayang. Bukan itu sahaja, ciri-ciri bakal suami atau bakal isteri juga perlu bersesuaian dengan kita supaya tampak lebih serasi bersama. Tidak terkecuali, pelakon Nazim Othman juga mahukan seorang bakal isteri seperti ciri-ciri yang diimpikan. Nazim Othman sendiri mendedahkan ciri-ciri wanita yang diinginkan memandangkan dia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

Pendedahan tersebut telah mengejutkan ramai pihak terutamanya pengikut-pengikut Nazim di Instagram dan rakan-rakan artis.

Posting foto yang dimuatnaik Nazim di Instagram juga telah menarik perhatian pengikut-pengikutnya lebih-lebih lagi apabila kapsyen ditulis oleh Nazim sendiri memberitahu dia merancang untuk berkahwin pada tahun ini.


Tambah Nazim, pelakon berusia 35 tahun itu juga mahukan seorang wanita yang bijak, berdikari dan matang.

“Tengah mencari jodoh buat diriku yang kesendirian. Kalau ada kenal sesiapa yang baik, tak banyak kerenah, bijak, matang dan independent.. PM tepi.

“Kita plan nak kahwin tahun ni,” tulis Nazim menerusi kapsyen pada postingnya baru-baru ini.

Rata-rata pengikut Nazim di Instagram kelihatan teruja dan memberikan pelbagai reaksi menerusi ruangan komen.

 

Tidak ketinggalan, rakan-rakan artis juga meng4lkan komen antaranya Che Ta dan Sheila Rusly. Lebih mengejutkan, Nazim sendiri membalas komen kepada Che Ta dan memberitahu bahawa dia sudah mempunyai niat untuk berkahwin buat kali kedua.

Kapsyen ditulis Nazim juga telah menimbulkan tanda tanya kepada netizen sama ada ia adalah perkara yang benar atau sekadar gurauan sahaja. Namun, Nazim telah menjelaskan ia bukanlah gurauan semata-mata.

Dalam pada itu, ramai pengikut-pengikut Nazim memberi sokongan positif dan mendoakan yang terbaik buat Nazim dalam ‘misi’ mencari jodoh.

Nazim sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Bella Dally namun berpisah pada Mei 2018.

Agak-agak siapalah bakal isteri Nazim ya? Mesti kena bijak dan matang bak kata Nazim. Apa-apa pun, good luck untuk Nazim dalam mencari jodoh yang terbaik. Excited nak tahu berita gembira dari Nazim lepas ni.. Tunggu….

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Nazim Othman

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.