Atlet Angkat Berat 0KU, Muhammad Ata Maarof MenInggal DunIa Dalam Kebkaran Di Rumah Keluarga

ATLET angkat berat Orang Kurang Upaya (OKU), Muhammad Ata Maarof maut dalam kebakaran di rumah keluarganya di Taman Pagoh Jaya, dekat Muar, Johor Bahru pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata Muhammad Ata, 28, ditemui rentung dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 tengah hari tadi.

“Muhammad Ata yang lumpuh akibat kemalangan lima tahun lepas ditemui rentung seratus peratus,” katanya yang dihubungi.

Zaharudin berkata mayat Muhammad Ata kini berada di Hospital Muar untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Pegawai Bomba Kanan II Husaini Eddy Mustafa berkata Muhammad Ata ditemui di dapur rumahnya yang musnah sehingga 60 peratus.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran itu pada 11.59 pagi tadi dan seramai 18 anggota bomba dari balai Pagoh dan Muar digegaskan ke tempat kejadian dengan dua jentera.

Menurutnya ketika kejadian, dipercayai ibu Muhammad Ata keluar ke kedai manakala atlet itu hanya berseorangan di rumah.

“Kebakaran itu memusnahkan bahagian dapur rumah sebanyak 60 peratus dan mangsa (Muhammad Ata) ditemui di bahagian dapur tersebut,” katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, Muhammad Ata yang dipercayai bekerja di sebuah syarikat pizza di Kuala Lumpur, dikatakan pulang bercuti selama lima hari di rumah keluarganya.

Muhammad Ata pernah meraih pingat gangsa bagi sukan powerlifting pada temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak dua tahun lepas, dengan angkatan 55 kilogram bagi kategori 65 kilogram.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.