“Jangan Cepat Besar Nak, Nanti Mummy Rindu Nak Anak Kecil” Netizen Minta Rozita Che Wan Tambah ZurIat

Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan mengundang usikan wargamaya apabila diminta untuk menambah zuriat.

Menerusi laman sosial Instagram, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi foto bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 6 tahun.

“Bila kat set shooting, rindu nak balik rumah sebab dia la. Daddy dia tak pernah kisah mummy balik pukul berapa, dia je yang berleter cakap ‘Aisyah dah tahu, mummy mesti balik lambat’.

“Jangan cepat besar nak, nanti mummy rindu nak anak kecil,” tulis Che Ta menerusi ruangan kapsyen.


Kapsyen Che Ta yang rindu kehadiran anak kecil itu telah mengundang reaksi positif daripada pengikutnya apabila ramai yang mengusik untuk pelakon berusia 46 itu untuk berikan adik pada Aaisyah.

“Tambahlah, sebab anak-anak mummy semua cantik macam mummy,” ujar seorang wargamaya.

“Please bagi Aaisyah adik, please!” pinta seorang wargamaya.

“Aaisyah minta la adik kecil kat mummy. Nanti boleh teman Aaisyah kalau mummy balik lambat lagi,” saran seorang wargamaya.

“Che Ta boleh mengandung lagi, bagi adik kat Aaisyah. Hehehe,” usik seorang wargamaya.

Che Ta dan suaminya Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezzra, 21, hasil perkahwinan pertamanya sebelum ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.