“Macam Mana Boleh Terlepas” Netizen Terkejvt Nampak Buaya Hidup Luar IOI Puchong

Semua maklum yang habitat buaya terletak di kawasan sungai dalam hutan. Mungkin itu setakat yang kita tahu berdasarkan dari ilmu sains yang diajar disekolah.

Lain pula cerita yang admin nak kongsi kali ni. Menerusi akaun Twitter @awiensyahirah, video berdurasi 17 saat yang dimuatnaik olehnya menunjukkan kelibat seekor buaya berdekatan IOI Puchong. Kalau korang tak percaya, cuba tengok video kat bawah ni.

Macam mana boleh terlepas

Pelbagai reaksi daripada netizen dan teori-teori yang boleh dan tak boleh pakai diutarakan. Apa-apa pun untuk menjamin keselamatan semua, admin rasa ada baiknya kita hubungi pihak berkenaan seperti bomba atau PERHILITAN untuk tindak selanjutnya.

Kalau betul memang ada buaya kat situ, rasanya pihak berkuasa tempatan boleh ambil tindakan untuk memastikan kawasan setempat sentiasa selamat.

Kalau nampak dari jauh, memang orang ingat biawak. Tapi dah tengok dekat-dekat baru tahu buaya. Sapa tahu lombong tu boleh lah pesan dekat kawan-kawan. Berhati-hati sentiasa kalau ada dekat area tu.

Uish, kalau naik air banjir, mahu berkeliaran buaya tu kan. Harap semua alert sikit. Kalau nampak buaya dekat area Puchong tu, terus call bomba.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.