“Selepas Drama Nur, Akak Dah Tiada Offer Sh00ting” Ini Noorkhiriah Buat Untuk Cari Rezeki

Pelakon Noorkhiriah akui tidak menerima tawaran berlakon selepas tamat penggambaran drama popular Nur 2.

Bagaimana pun, Noorkhirah tidak berkecil hati kerana kini rezekinya beralih dalam yang bentuk lain iaitu melakukan ‘paid review’ di Instagram.


“Lepas cerita #nur akak dah tak ada offer sh00ting,akak tak berkecil hati pun..redha,rezeki Allah tak pernah putus..Allah tau apa yang terbaik untuk hamba Dia..

“Sebab itu akak sayang gila #talamsakti #talamrezeki..rezeki bukan akak makan sorang dik..ada perut lain yang nak akak tolong isi jika dema memerlukan,” tulisnya.


Noorkhiriah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik fotonya bersama talam yang dimaksudkan.


Sementara itu dalam kapsyennya juga turut meminta agar pengikutnya tidak mengecam apa yang dilakukan.

“Maka tiap kali akak buat paid review pape..mohon jadi bersabar dari mengetik komen yang bukan-bukan ya..

“Adanya Ig ni untuk kita mengeratkan ukhwah 1 sama lain..bukan sebaliknya..hidup pun bukan lama dah dik #hugs,” katanya lagi.

Noorkhiriah mendirikan rumah tangga dengan Azfaizul Ahtan sejak 13 tahun lalu. Mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Hudhaifah, 10, dan Muhammad Yusoff, 8.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: khalifah media

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.