Tak Tunjuk SedIh, Anak Akui Terkesan Ibu Baru BerceraI Urus Kedai Makan Sendirian Sampai Lewat Malam “Bila Terbayang, Rasa Nak Keluar Air Mata”

AJAL maut dan jodoh pertemuan, itu semua di tangan Tuhan.

Reda dengan apa yang berlaku, namun seorang anak tetap terkesan melihat ibu sendiri begitu tabah biarpun baru sahaja berhadapan dengan penceraian, sekitar dua bulan lalu.

Kisah ibu tunggal anak tujuh itu menjadi tular di laman Twitter setelah kegigihannya bekerja dikongsi oleh anak keempatnya, Nurul Izzah Abd Hadi.

“Nak dengar satu cerita sedih tak? Parents aku dah berpisah. Sebelum ni ayah dengan mak aku yang tukang masak dekat kedai. But now, tinggal mak aku sorang je tukang masak,” tulis gadis berusia 21 tahun itu.

Bercerita kepada mStar, dia mengakui kagum dengan ketabahan ibunya, Atikah Jamal, 48, yang kini menguruskan kedai makan keluarga mereka di Jalan Bakti, Rantau Perintis, Bandar Jengka, Pahang selepas berpisah dengan suami.

Perkongsian Izzah yang tular di Twitter.

Kata Izzah lagi, dia tahu ibunya sedih namun wanita itu sedaya-upaya cuba menyembunyikan perasaannya demi meneruskan kehidupan baharu.

“Sebagai anak, saya memang terkesan dan rasa sedih. Tak boleh bayangkan macam mana penat mak. Kadang-kadang kalut sampai dua dapur sekali dia guna.

“Sejak tahun baru, pagi-pagi dia jual nasi ayam. Sebelum pukul 12 dah ada depan kedai. Petang dia buka kedai masakan panas pula sampai pukul 12 malam,” ujar Izzah mengimbas penat lelah ibunya itu.

Saya tahu mak nangis sorang-sorang, tapi dia tak nak tunjuk sedih.

NURUL IZZAH ABD HADI

ANAK

Dedahnya lagi, ibunya juga pernah jatuh sakit beberapa tahun lalu, dipercayai akibat terkena buatan orang yang kurang senang dengan perniagaan mereka.

Dalam pada itu, Izzah berkata, dia kagum dengan ketabahan ibunya dalam menghadapi segala dugaan yang melanda.

“Saya terfikir, macam mana mak lalui semua ni. Bila terbayang, rasa nak keluar air mata. Kalau ada masalah, dia cakap sabar je lah.

“Saya tahu mak nangis sorang-sorang, tapi dia tak nak tunjuk sedih,” kata Izzah lagi.

Foto Izzah sekeluarga.

Biarpun sudah tidak tinggal sebumbung, Izzah berkata hubungan dia dan adik beradik bersama bapa masih lagi baik.

Sehingga kini, posting Izzah yang membuat hebahan mengenai kedai makan ibunya menerima lebih 12,500 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati atas apa yang berlaku, tak kurang juga yang mengakui kagum dengan ketabahan ibunya.

“Saya doakan dari jauh moga your mom sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahkan rezeki yang tak pernah putus.

Antara komen di laman Twitter.

“Saya doakan mak dan awak dimurahkan rezeki dan business semakin maju. Jangan give up.

“Dalam susah kita, ada lagi orang lagi susah. Semoga segala urusan dipermudahkan sis,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen yang berprasangka buruk dan menuduh Izzah serta adik beradiknya tidak membantu ibu mereka berniaga.

Kata Izzah, dia sebelum ini pernah mengalami keguguran, namun masih lagi membantu ibunya setiap kali ke sana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.