F0to Haiwan Mangssa Kebakarran Hutan Di Australia Raih Simpati Ramai

Sejak beberapa bulan lalu sehingga ke hari ini, berita mengenai kebakaran hutan di Australia masih tiada penghujungnya. Ruang udara bertukar merah, penduduk setempat dipindahkan dan haiwan juga turut terkesan dari bencana ini.

Kawasan yang menjejaskan di pantai timur Australia ini dikatakan ekoran suhu tinggi dan angin kencang sehingga menyebabkan situasi semakin teruk.

Setakat ini, dilaporkan 23 orang dan 500 juta haiwan terkorban. Dalam jumlah ini, 8,000 koala turut terkorban dengan menyaksikan kira-kira lebih 5.5 juta hektar hutan terbakar dan lebih 14000 rumah musnah.

Menerusi laporan Astro Awani semalam, penduduk di bandar Eden diarah berpindah selepas diisytiharkan sebagai kawasan itu tidak lagi selamat oleh pegawai polis tempatan.

Sememangnya situasi kebakaran hutan di Australia itu mampu membuatkan siapa sahaja tersentuh hati apabila melihatkan keadaan ini.

Di sosial media, netizen merakamkan kesedihan mereka mengenai situasi ini melalui #PrayForAustralia.

Beberapa video turut dikongsikan melalui tanda pagar ini yang memaparkan keadaan api yang kian marak di sana.

Berikut antara video yang dikongsikan pengguna media sosial:

Selain itu, beberapa foto yang memaparkan keadaan penduduk dan haiwan yang terjejas membuatkan ramai turut tumpang simpati. Ini antara foto yang dikongsikan:

Tak dapat bayangkan bagaimana situasi mereka di sana. Manusia pun boleh terkesan hilangnya kediaman ini pula haiwan yang jelas kelihatan ketakutan di mata mereka. Sama-sama kita doakan kebakaran ini berakhir secepat mungkin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: himpunan cerita lawak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.