Mawar Rashid Cover Dance Monkey. Tak Sangka Suara Sedap Dan Comel

Nama seorang pelakon wanita, Mawar Rashid kini sering mendapat perhatian gara-gara lakonannya dalam drama yang kini ditayangkan di TV berjudul TQ Captain. Selepas melahirkan anaknya tahun lalu, Mawar Rashid giat menghasilkan video buat channel YouTube miliknya sendiri. Biarpun begitu, beberapa hari lalu, figura ini turut menghasilkan cover Dance Monkey dan telah meraih perhatian ramai.

Mengikuti trend terkini, Mawar juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan video nyanyian lagu ini. Video berdurasi satu minit 33 saat itu dikongsikannya melalui laman Instagram milik pelakon ini sendiri.

Menerusi video tersebut, kedengaran Mawar memberitahu waktu ketika rakaman itu dilakukan sudah jam 1 pagi dan dia hanya berpakaian baju tidur serta menyarung jaket.

Selain itu melalui ruangan kapsyen, dia menulis ini adalah percubaan kali pertama Mawar Rashid cover Dance Monkey. Malah lirik pun masih belum diingati.

Berikut adalah video yang dikongsikan olehnya itu:


Video ini telah meraih lebih 74,000 tontonan sejak dimuat naik 8 jam yang lalu. Rata-rata pengikutnya di Instagram memuji suara Mawar Rashid cover Dance Monkey ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Lagu ni femes betul. Tapi tak suka penyanyi ori punya suara. Yang cover camni lagi power….”

“Sedap suara Mawar”

“Alaa sedapnya suaraa dengan rentak lagu pun kena eh”

“Sedap suara Mekwa”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:  Mawar Rashid

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.