“Ni Kira Bagus Ke Tak” Wanita Kumpulkan Hampir RM1.5 Juta Jual Gambar B0gel Untuk Selamatkan Hutan Australia

Sedikit sebanyak korang mesti tahu kan yang Australia kini sedang mengalami kebakaran hutan terbesar bermula dari bulan September lalu yang kini telah pun membunuh hampir setengah BILION haiwan di negara itu.

Pembakaran ini juga sangat teruk hinggakan New Zealand yang terletak sejauh 4,000km dari Australia pun turut mengalami jerebu.

Sepanjang krisis ini berlaku, banyak negara, artis, sukarelawan dan persatuan telah mengumpulkan dana bagi membantu Australia memadamkan kebakaran ini, termasuk satu kumpulan ini yang mengumpulkan dana menggunakan cara yang agak pelik. Macam mana?

Seorang pengguna Twitter dengan nama The Naked Philantrhopist telah menawarkan gambar bogelnya kepada sesiapa yang mahu menderma sekurang-kurangnya AUD10 (RM23.53) untuk membantu Australia memadamkan kebakaran.

Cara luar biasa wanita ini telah membuatkan dia berjaya mengumpul lebih dari AUD500,000 (RM1,426,748) tau!

Saya akan hantar gambar bogel kepada sesiapa yang menderma sekurang-kurangnya $10 kepada mana-mana pengumpul dana kebakaran hutan di Australia. Setiap $10 = satu gambar bogel ke DM korang. Syaratnya, hantar confirmation yang korang dah buat derma.

Melihatkan cara “istimewa” wanita ini telah membuahkan hasil, beberapa wanita lain turut sama ikut jejak langkahnya.

Seorang pengguna Twitter lain, LUNA, telah mengumpul sebanyak AUD18,000 (RM51, 362) hanya dalam masa satu malam bersama dua lagi wanita lain yang telah mengumpul sebanyak RM1.5 juta untuk menyelamatkan orang dan haiwan di Australia.

Gambar bogel misteri dan nakal akan diberikan kepada sesiapa yang memberikan derma kepada pengumpul dana untuk kebakaran hutan Australia. Tolong RT untuk bantu orang-orang dan haiwan-haiwan saya.

Beberapa netizen telah memuji tindakan wanita ini yang sanggup menjual “badan” mereka bagi menyelamatkan Australia.

“Saya selalu persoalkan motivasi dan maruah wanita yang dedahkan diri di media sosial, tapi jujurnya, ini adalah motivasi yang paling tak pentingkan diri yang pernah saya lihat! Saya akan cuba untuk derma tanpa minta gambar bogel dia. Apa pun, tahniah!

“Wanita ini kumpulkan hampir $100k dalam masa sehari kepada pertubuhan amal dengan menghantar gambar bogelnya pada orang yang ada bukti dia dah menderma untuk hutan Australia dan ini membuktikan, tak semua hero pakai baju.”

“Saya kecewa dengan orang yang hanya nak derma lepas wanita ni tawarkan gambar bogel tapi saya hormat dia kerana berjaya kumpulkan duit.”

So, apa pendapat korang?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.