“Pam Kuning Untuk Warga Malaysia Je” VIDEO Viral Lelaki Warga S’pore Buat Tak Tahu Lepas Ditegvr Isi Minyak Guna Ron 95

Korang pernah nampak tak orang luar yang bukannya warganegara, masuk ke Malaysia dan membawa kenderaan mereka sendiri kemudian pergi isi minyak dengan menggunakan pam kuning?

Kalau pernah nampak, sebenarnya perbuatan mereka tu salah tau.

Baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai tindakan seorang lelaki yang dipercayai berasal daripada Singapura mengisi minyak kereta dengan menggunakan pam berwarna kuning.

Kalau ikutkan video tersebut, individu yang merakam kejadian ini boleh di katakan berulang kali dia menyebut bahawa perbuatannya itu salah.

Uncle mana boleh yellow colour

You tak tau undang-undang ke”

Namun seperti biasalah, lelaki tersebut tidak mengendahkan dan terus sahaja mengisi minyak.

Kejadian ini dikatakan berlaku di stesen petron Tampoi Indah, Johor.

Namun begitu, ada juga netizen yang agak keliru mengenai video viral ini. Mereka tidak pasti apa kesalahan lelaki tersebut.

Hah sini admin kongsi

Oleh kerana ada juga netizen yang tidak mengetahui mengenai kelebihan Ron 95, pam kuning, ia sebenarnya dikhususkan kepada rakyat Malaysia sahaja oleh kerajaan.

Ron 95 juga merupakan subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia. Oleh disebabkan itu, warga asing  tidak dibenarkan untuk mengisi minyak menggunakan Ron 95.

Jika mereka tetap berdegil, ia merupakan satu kesalahan.

Lepas ni, kalau ada nampak plat kenderaan bukan dari Malaysia tapi isi minyak guna pam kuning, korang dah boleh tegur baik-baik lah. Kalau dia berdegil juga, report sahaja ke KPDN.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.