“Saya Ingin M0hon Maaf Jika Pernah Lvkakan Hati Sesiapa” Irfan Haris Dan Keluarga Tunai Umrah Bersama

Penyanyi Irfan Haris berkongsi khabar gembira bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah hari ini.

Menerusi akaun Instagramnya, penyanyi lagu Redha itu memohon maaf kepada semua yang mengenali diri atas kesilapan kata dan kelakuannya.

Pemilik nama sebenar Irfan Haris Othman turut memohon agar dipermudahkan urusan dan perjalanannya di sana bersama ahli keluarga.

“Salam semua, Insya-Allah sekejap saja lagi saya akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.

“Saya ingin mohon maaf jika saya pernah lukakan hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja.

“Doakan saya selamat sampai dan dapat umrah yang mabrur ya semua,” tulisnya.


Peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar urusan penyanyi itu dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Selain Irfan, pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni turut berada di sana sejak 28 Disember lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.